Sunday, November 29, 2020

Banyak Pengajaran Di Sini

Post asal.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158194763611919&id=708751918

DUA MUKA

Pesakit A : Doktor, akak nak minta ubat tidur boleh? Akak dah berapa bulan tak dapat tidur. Otak akak tak mahu berhenti fikir. Taktahu apa akak fikir tapi akak letih. Akak nak tidur.

Saya : Maaf akak. Saya tak boleh bagi ubat tidur macam tu saja. Saya mesti kena periksa akak dulu, kita buat semua blood test dulu. Bahaya akak ubat tidur ni. Nanti boleh jadi ketagih.

Pesakit A : Entahlah doktor. Akak baru dapat tahu suami akak kahwin lain. Dia taktahu yang akak tahu. Akak tahu pun dari kawan kawan dia. Anak anak sekolah lagi. Entahlah doktor, akak taknak dia tahu akak tahu. Jadi, akak berusaha untuk senyum sahaja depan dia. Bila dia tak balik, dia akan cakap ada kerja padahal akak tahu di ke mana. Jenuh akak fikir mana salah akak sebagai seorang isteri sampai dia perlu cari lain.

Saya mendengar kisah dia sehingga habis dan puas dia bercerita. Entah berapa keping tisu saya berikan pada dia. Sehinggalah dia betul betul sudah habis meluah apa terbuku di dada. 

Saya perlu bantu dia.

Kalau tidak sebagai seorang doktor pun, sebagai seorang manusia. 

The rest is history.


.


.


Pesakit B : Doktor, maaf tanya. Kalau saya nak minta ubat kuat boleh? Saya rasa saya dah tak sekuat dulu. Kesian isteri saya.

Saya : Tak boleh encik. Saya perlu periksa kenapa encik ada masalah ini. Kadangkala kencing manis pun boleh buatkan orang lelaki alami komplikasi ini.

Pesakit tersebut bercerita tentang sejarah keluarga dia ada penyakit itu ini dan dia bercerita yang dia sangat sibuk bekerja. Dia rasa stress tak dapat penuhi kehendak isterinya.

Saya dengar dan saya buat semua pemeriksaan untuk dia.

The rest is history.


.


.


Suatu petang di hujung minggu, saya amat terkejut apabila kedua duanya melangkah masuk ke klinik saya. 

Pesakit A dan pesakit B berjalan masuk sambil si isteri memapah si suami. Lemah betul keadaan suaminya.

‘Doktor, boleh periksa suami saya? Dia demam dah seminggu. Risau betul saya. Saya dah suruh dia datang klinik jumpa doktor tapi dia degil. Bila dah lemah macam ni baru nak dengar cakap saya’

‘Saya ok doktor. Saya cuma letih saja. Isteri saya ni risau sangat sampai makan minum saya semua nak bersuap. Saya ok saja. Sayaaa...’

Pappp!

Pesakit lelaki tersebut rebah ke lantai.

The rest is history.


Bila saya tanya kembali rupa rupanya pesakit B telah beli pil ‘kuat’ secara online. Tahulah saya yang dia sudah alami komplikasi.

Untuk pengetahuan anda, ubat ‘kuat’ kebanyakkannya akan membawa effect tekanan darah rendah. Ianya boleh membawa kemudaratan.

Apa yang saya nak sampaikan adalah kita selalu tak nampak apa yang ada di depan mata, kan?😊

Kadang kita merasakan yang kita mampu tapi sebenarnya kita tak kuat mana pun.

Kadang kita merasakan yang kita tahu semua perkara tapi sebenarnya kita tak tahu apa pun.

Kadang kita merasakan yang orang gembira bahagia dengan kita tapi sebenarnya kita tak perasan yang mereka tersiksa.

Kadang kita merasakan nafsu kita adalah segalanya tapi kita tak sangka ianya boleh membunuh kita dalam diam.

Kadang kita merasakan yang kita mampu adil tapi sebenarnya kita potong kek pun tak sama besar.

Ahh kita dan perasaan yakin kita.

Begitu pasti sampai kita tak sedar yang kita telah mengguris hati yang terpaling ikhlas menyayangi kita.

Jadi, simpanlah sedikit kasih sayang untuk diri sendiri. Tak perlu semuanya dicurahkan pada sesiapa kecuali Allah swt dan diri sendiri. Tak perlu terlalu percaya sesiapa kerana kita tak tahu apa yang berlaku di belakang kita.

Kena ajar diri untuk redha.

Kena ajar diri untuk kuat.

Sebab kita takkan tahu bila kita akan diuji hebat.

Untuk pesakit A ini, saya doakan akak diberikan sebaik baik ganjaran. 

Untuk pesakit B, berlaku jujurlah dengan isteri anda dan beritahulah dia kenapa encik buat pilihan begitu.

Dan saya kira isteri barunya pasti kerisauan juga di rumah bila suami dah seminggu lebih tak pulang.

Bagaimana pula dengan anak anak?

Ramai yang lupa akan ini.

Anak anak.

Kita seronok berbuat begitu begini sehingga kita lupa anak anak kita sentiasa memerhati dan mendengar setiap  apa yang kita lakukan dan katakan.

Lalu, berapa hati lagi yang perlu diguris rasanya?😞


Dr. Erna Nadia

Berfikirlah dua tiga langkah ke hadapan sebelum menetapkan sesuatu perbuatan😊

No comments: