Friday, March 30, 2018

If I Die...


Dah pernah berbincang dengan spouse perancangan kalau kita atau dia mati?

Do ker Minah yang mati dulu?

Hmm... I wish I'll die first. Ada juga hubby tukang uruskan. Kalau dia dah takder, mati sorang2 kat rumah... memang tunggu next raya jer lah agaknya baru ada orang cari. Silap2 haribulan diorang ingat kita gi holiday sebab tu tak dapat contact 😐

Hubby siap bagi suggestion suruh kawin lain so ada juga orang ambil tahu. Aritu dia gak yang tanya kalau dia mati, would I remarry. Nak cek tahap setia lah gitu gamaknya. So kadang2 perkahwinan tu atas dasar keperluan dan tak semestinya cinta kan.

Lagi cadangan hubby, buat makan2 jemput orang selalu. Atau ambil anak angkat. Sebenarnya dah tertulis pun kita mati macamana. Kalau seorang, seorang lah. Haritu terbaca post pasal pihak yg membuat pengurusan kematian di hospital untuk si mati yang tiada waris. Hmmm... ada juga yg solatkan dan hantarkan ke kuburan.

Kalau hubby yang pergi dulu... adalah proses yang hubby explain. Macam gitu2 jer bila disebut sekali-lalu. Macam mudah tapi masa nak hadapi nanti lah bermacam2 dugaan. Dugaan nak uruskan hati dan uruskan harta. Bukan mudah ada harta, takder harta langsung pun susah juga. Kerana harta pun orang boleh lupa urusan akhirat dia.

Urusan hati pulak... tu lah bff kita, tempat mengadu, teman berkasih-sayang, teman merajuk (dia yang kuat merajuk) dan bergaduh (though rarely happens... I'm very practical kan... gaduh2 masalah tak selesai).

Semoga Allah permudahkan urusan bila saat tu berlaku.

Wednesday, March 28, 2018

Not Black and White

I have written about marriages and polygamy in the past. Wayyy... before I got married. Marriage matures me in a more spiritual way. Perkahwinan itu bukannya mudah, di sebalik kesukaran itu lah ladang pahala. So I've changed my opinion in many ways. Nothing is what it seemed.

Kalau sesuatu kesusahan itu mendekatkan seseorang dengan Penciptanya, kesusahan itu amat membahagiakan akhiratnya. Sekiranya kegembiraan itu menjauhkan diri dengan Penciptanya, kegembiraan itu amat mendukakan akhiratnya. So it's not about why you have to clean 2 loads of laundry when you can live a simpler and happier life anymore.

I've seen unhappy monogamous marriage and happy polygamous marriage. Nothing is black and white.

Ayah dan Anak

"Bercerai jer lah!"

Bentak si anak yang dah bosan dengan perangai ayahnya yang naik tangan dengan si ibu, mengamuk sampai melempar-lempar barang dalam rumah, suka marah-marah, menipu dan berhutang sana sini, tapi umpama pijak semut tak mati di luar. Sebab itu lah dapat berhutang sana sini. Akhirnya kesabaran hampir 20 tahun terlerai juga setelah berbagai percubaan 'menjaga' hubungan, tidak dihargai. Walaupun dah bercerai, bertahun2 pula melangsaikan hutang bekas suami. Berderai air mata mendengarkan kisah seorang kawan melalui pengalaman pahit begini. Orang2 yang baik tapi berat ujiannya.

Teruk sangat kah didikan sambil lewa kepada anak lelaki sampai mereka tak tahu nak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ibubapa yang mendidik anak lelaki, tidak kesian ker bila anak tu berhadapan dengan Allah dalam keadaan dia tidak boleh menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki, suami dan ayah? Salah didikan kah? Salah diri mereka sendiri kah? Sedangkan besar tanggungjawab yang Allah beri pada lelaki.

Seorang ayah jika tidak bijak melibatkan diri dengan kehidupan dan pembesaran anak2, akan wujud jurang dalam perhubungan. Emak akan jadi tunggak kehidupan anak2, dari kecil sehinggalah mereka dewasa dan berkeluarga.

Ayah kecil hati ke? Kalau tidak mahu ini berlaku, elakkan dari semasa anak masih kecil. Jadi lah hero anak2. Be there for them and love their mother. Jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaiknya supaya mampu berdepan dengan Allah di padang mahsyar dalam keadaan tanggungjawab tertunai.

Kerap juga kita lihat ayah lepas tangan. Semua urusan anak2 terletak di bahu emak umpama ibu tunggal. Anak2 pun tahu ayah tiada sebab bekerja ker, melepak dengan kawan2 ker, atau ada girlfriend ker, atau di rumah isteri2 yang lain ker (yer ayah yang berpoligami pun ada kecenderungan untuk kurang masa dengan anak2). Jangan harap lah anak2 nak ingat pada ayah bila mereka dewasa nanti. Kalau anak2 ingin menjaga akhiratnya, dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai anak setakat mampu sahaja. Tapi kasih sayang dan keutamaan? Ketika ayah dah tua dan sunyi, anak2 balik untuk tanya khabar emak, berbual dengan emak dan bergurau senda dengan emak. Semuanya emak. Ayah jangan lah sedih di saat badan dah tak kuat, kawan2 dah ramai sakit atau tak dapat nak melepak bersama lagi, girlfriend semua dah lari, anak2 pula lebihkan masa dengan emak. You reap what you sow.

Walaupun ada sebut ayah yang berpoligami tadi, ayah tu seorang isteri atau berpoligami bukan lah masalah besar jika pandai menjaga hubungan dengan anak2 dan melaksanakan tanggungjawab beliau. Sama juga kes suami monogami boleh jadi tidak bertanggungjawab dan suami berpoligami tahu bertanggungjawab.

I was raised untuk jangan ganggu abah. Abah penat balik kerja. So most of the time I stayed out of abah's way. Kebanyakan cara orang dulu2 mungkin begitu. After getting married, baru lihat cara berbeza. Anak2 boleh dapatkan perhatian ayah bila2 masa. Tiada istilah gi main jauh2, ayah tengah kerja atau berehat. Different approach and I did not opposed at all. Betul lah tu. Jadi lah ayah, layan lah anak2 bila2 masa. Emak pun tidak pernah ada istilah cuti bila melayan anak2. Arwah abah pun ada different approach with my step brothers lepas 'kehilangan' anak2. Begitu lah kehidupan.

Wednesday, March 21, 2018

CT 1 : Jamban 0

I'm happy for Dato' CT. Masa seorang politician jamban mengutuk Dato' CT, dah terbayang betapa ramai insan2 yang akan mendoakan kesejahteraan Dato' CT. Allah dah makbulkan pun doa2 tersebut and now she's a proud and beaming mother. Semoga anaknya membesar jadi insan yang berjasa kepada ibu bapa, masyarakat dan agama. Di saat kesedihan dek tuduhan atau kutukan manusia, sabar dan doa jadi senjata insan teraniaya.

Ahli2 politik jamban ni pulak... entah bila nak insaf. Jadi lah manusia berguna kepada masyarakat dan agama. Kadang2 pelik bila tengok perangai macam tak dipandu oleh agama. So kita ni nak pandang muka2 mereka pun dah tak lalu. Bencilah perangainya... bukan orangnya. Kerana selagi dia Islam, Rasulullah mengharapkan syurga buat umatnya... baginda rindukan umatnya. Tapi, boleh ker di anggap umat Rasulullah sekiranya setiap perbuatan menjijikkan dan tidak ikut sunnah langsung? Cabaran betul untuk jaga hati bagi yang memerhatikan sandiwara2 ahli politik ni. Cabaran nak bersangka baik.

Tuesday, March 20, 2018

Pesanan from a Friend


Ada betulnya pesanan dia. Belum tentu orang happy tengok kita happy. Kalau lah ada manusia yang kita boleh block dan delete terus dalam kehidupan. Tak reti bahasa... tak reti nak cari kebahagiaan dengan kehidupan sendiri. Luasnya dunia ni dan bermacam2 keindahan boleh kau cari. Masih juga nak sempitkan hidup sendiri. Hairan betul.

Friday, March 16, 2018

10th Anniversary Late Celebration

Tengah excited nak holiday and meet up hubby, ada presentation pulak. Time will be very tight. Lepas jer presentation, get back home to change and call grab to get to the airport. I estimated I'll have 1-hour upon reaching home and the time to go to airport. Packing already done a day earlier. Presentation pun dah ready immediately after meeting haritu. Tinggal nak update and touch up mana yang patut. The night before presentation, baru touch up.

Semoga dipermudahkan urusan. I'll get so blur bila ada banyak benda2 penting dalam kepala. Yang tak masuk senarai ialah siapkan rumah untuk ditinggalkan. Sampah di buang, pokok di siram, pinggan mangkuk di cuci, tingkap di tutup, suis yang tak perlu ditutup, lampu mana yang nak dibiarkan terbuka... benda2 yang bukan ada to do list. Bila teringat, buat. Ada yang perlu dibuat last minute. Bukan boleh prepare awal. Itu yang buat rasa risau takut ada yang tertinggal. Di tambah pulak barang2 dalam fridge... musim guruh kilat bermula lagi. Kalau blackout, memang habis lah. Hmm... that was yesterday.

Akhirnya call grab dan tawakkal...semoga tiada yang tertinggal. Timing was just nice... sempat early lunch sebab tak sempat breakfast. Makan epal jer pagi before presentation dan sebiji lagi buat alas perut bila dah sampai rumah. Walaupun cari poket seluar tak jumpa sebab pakai seluar terbalik 😅 (front to back), yang penting smooth jer nak ke boarding area. Luggage memang lebih sket 7kg sebab bawak epal dan 2-3 barang hubby. Kadang2 random check luggage... nasib ler kalau terkena. Arini cuaca sejuk di KK sebab hujan. Di KL pun hujan kata jiran2. Risau juga kalau dah blackout rumah tu. Tapi dah kira sebagai areas beyond control... redha jer lah nanti keadaannya bila sampai rumah.

Arini berehat, pagi2 dah layan hidung bersin2 dan selsema. Jalan2 sikit di mall dah dapat 6k langkah, beli barang2 sket di giant, cuci toilet kat bilik hubby, menyapu, qailulah dan lepak2 jer. Memang bukan trip untuk adventure ke sini sana. Hubby tetap kena kerja. Esok pagi hubby ada running, I'll be walking. Plan seterusnya tengok keadaan.

Tuesday, March 13, 2018

10th Anniversary


It's our 10th anniversary ♥️ Masa nikah dulu, tak terbayang pun future macamana. First thing first, nikah dulu. Then, face the challenges one day at a time. So from one day to another, dah lebih kurang 3650 days of being married to each other. Today, hubby jauh di seberang laut menyiapkan projeknya. Lusa baru nak ke sana, celebrate ala kadar sebab ada orang tu weekend pun kena kerja sekarang. Apa-apa pun, yang penting togetherness.

In married life ni, belajar banyak benda penting dalam kehidupan seperti tanggungjawab dunia dan akhirat. Sedikit2 harapnya beransur jadi insan yang lebih baik dari semalam. Sekarang perlu rancang next 5 years in our life pulak. Kehidupan semakin berbeza, semakin meningkat usia. Semoga kami berdua diberi kesihatan yang baik, kasih sayang berpanjangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Yang paling penting ialah kehidupan yang hakiki. Dunia ni tempat persinggahan. Segala penat-lelah susah-payah di sini, ganjarannya di sana.