Harini puasa... selepas 5 hari kuarantin duk makan jer. Mr hubby dah semacam punya mati kutu bila tak dapat buat his extreme outdoor activity. Dah kemas laman, dah alih position TV, harini puasa harap2 boleh duduk diam2. Bising pulak dia bosan.
Kul 5 petang nak start memasak. Suh dia potong nenas dia kata tak mencabar. Lepas tu katanya biar dia jer yang masak. Hmmm... iyer ker tu? Dari sebelum kawin dah tanya cara buat masak lomak cili api. Dah 12th anniversary ni belum pun dapat rasa masak lomak dia :p
Apa2 hal I ke dapur masak nasi ler. Kang tak berbuka pulak. Terus jer lah siang sayur, bersihkan udang, ambil serai di laman, siapkan blend cili padi dan kunyit, rendam santan beku, dan... potong nenas. Masak ler kletung kletang... udang masak lemak cili api dengan nenas, goreng bayam merah, goreng tempeh. 6.20 Mr Hubby turun tanya mana nenas nak potong.
Hmm... gelak jer lah dengan drama dia. Lauk semua dah siap atas meja makan.
Walaupun aktiviti memasak ni tak mencabar according to him, itu lah cabarannya sebab hari2 kena masak, hari2 kena pikir lauk apa, hari2 kena tengok stok apa yang ada, hari2 kena tengok mood tukang2 makan dan rasa2 lah apa yang sesuai untuk dijadikan menu.
Alhamdulillah selamat dah berbuka. Jiran pun baik hati ada yang hantar bubur lambuk, ada yang hantar kuih koci. Murah rezeki arini.
No comments:
Post a Comment