Monday, September 14, 2020

Meraung

Meraung... pernah jer buat perangai ni dulu.

Bila expectation tak meet reality, bila practical tak meet emotional, bila rational meets irrational, bila emosi dah tak tertahan lagi.

Pendera emosi tak rasa dia mendera sebab dia sendiri rasa emosinya terdera. Atau reaksi nya begitu kerana itu lah coping mechanism dia. Itu lah yang diri ini cuba fahamkan dan cuba rasional kan.

Ujian hidup itu hebat. Bayang kan lah apa pun keadaan yang kita lalui itu kerana izin Allah. Bukan ker ada di sebut dalam Al-Quran "kun, fa ya kun". Qadha dan qadar kita itu kombinasi antara doa dan usaha kita, dengan izin Allah.

Bayang kan, derita kena sihir pun Allah izin kan. Walau pun si pembuat ingat dia ada kuasa, kuasa Allah maha luas. Hukuman nya pun sedang menunggu.

Bayang kan, derita fizikal pun Allah izin kan. Ganjaran nya pun sedang menunggu.

Ketika struggle tu, terfikir yang Allah izinkan maka ini lah ujian yang ditetapkan untuk kita. 

Setiap kali sakit fizikal dan emosi, memang terfikir dugaan ni tak seberapa pun. Tapi eventually, terfikir juga tak harus perkecilkan struggle yang dihadapi.

Memang Allah bagi ujian setakat yang kita mampu tanggung. Tapi kepayahan dan kesusahan nak melalui cabaran emosi dan fizikal tu bukan calang2. Acknowledge the pain and suffering because it is real. Selalu sangat sweep under the carpet, nanti makan diri pulak.

Nak harapkan understanding from others, bukan sesuatu yang kita boleh kawal. Kita cuma boleh cuba faham impact dan effect, pain and suffering yang orang lain lalui. Reaksi mereka untuk faham kita... mungkin mereka pun rasa nak meraung dengan ujian sendiri.

Dan kita perlu sedia lalui semua ini sampai waktu Allah tamatkan cerita kita di atas dunia dan  bersambung pula di alam barzakh.

Buat masa ni, meraung lah dalam hati.

No comments: