Thursday, December 3, 2020

Kisah Curang

Terbaca dalam satu post tentang orang perempuan yang sibuk-sibuk nak tau pasal suami curang ker tidak. Sekiranya tiada gangguan besar dalam rumahtangga, terus kan jer lah kehidupan seperti biasa. 


Hmmmmmm.... 


Panjaaannng hmmmm.... kita.


Rasanya seorang isteri mesti lah ada hak untuk tau siapa yang terlibat dalam kehidupan dia. Buatnya si curang tu meninggal, banyaaakkkk kesan pada diri dan anak2 kan. 

Senang2 jer yang berkata tu suruh teruskan  kehidupan. Takkan nak tunggu si polan mati baru nak tau ada anak bini sana sini?

Isteri pun ada hak mencari bahagia. Mana tau selama ni tak merasa bahagia tapi bertahan demi mengharapkan perubahan positif di masa akan datang. Bukan kah formula mencari kebahagiaan tu sabar dan solat hajat, dan cuba ubah diri sendiri... semua tu ambil masa. 

Tapi kalau dah buat semuanya dan suami tetap curang, mungkin lebih baik dia angkat kaki. Mungkin dia akan jumpa kebahagiaan dan ketenangan dengan hidup bersendirian. Mungkin dia akan jumpa kebahagiaan dan ketenangan dengan orang yang lebih menghargai. Biarlah si isteri nak buat pilihan pulak.

Si curang yang sibuk dengan janda orang, tengok jer lah bila janda sendiri ada orang yang lebih sayang. Bukan kau sorang jer lelaki dalam dunia ni. Kalau janda yang digilakan tu tak reti cari lelaki lain, ada jer lelaki lain yang berminat dengan janda kau. 

Kasar bunyinya tapi rasanya itu lah sebab kenapa orang perempuan ambil kisah laki dia curang ker tidak, ada buat pasal ker tidak. Dia nak buat pilihan sendiri dalam kehidupan.

Mana ada unconditional love kan. Atau pun mungkin isteri tetap jer sayang tapi cukup lah dalam kenangan. Curang... intolerable. 

No comments: