Memang cerita ni dah basi tapi sementara fikiran masih belum nyanyuk, baiklah dicatatkan untuk kenangan. Masa dibenarkan ambil jubah, samada outstation ataupun balik sekejap dan berkemas untuk next outstation. Tapi dapat juga curi masa pergi ambil sebelum one outstation ni sebab outstation di Semenanjung jer. Tak terkejar2 flight. Maka berjalan lah jubah tu ikut outstation. Nampak orang dah mula bergambar menggayakan jubah masing2. Hmm... nak belek jubah pun tak sempat. Elok jer jubah tu dalam plastik.
Hubby pulak bagitau demam. Nak training pun tak senang hati. Orang jarang2 demam bila mengadu demam takut teruk jer. Sempat terfikir lagi agaknya ambil scroll nanti tiada jemputan untuk diri sendiri. Kurang risaukan orang demam bila hubby bagitau dia balik MLK. Pasal konvo tu, ikut jer lah macamana pun. My friend ajak nak bergambar lepas ambil scroll but I doubt keadaan mengizinkan sebab sesi petang mesti kelam-kabut sikit.
Training masih on. Covered by my other colleagues. Kiranya last day I can't do the training lah. Memang dah maklumkan pada organizer. Pagi2 lepas subuh rushing balik ke rumah sebab semalamnya ada sesi malam. Hubby bagitau anakanda2 nak ikut. Tak lama lepas tu bagitau MLK family mana yang ada nak ikut :) Dari kemungkinan tiada jemputan kepada ramai yang turut meraikan. Berbunga2 rasa hati. Syukur pada Allah yang mengatur setiap sesuatu.
Orang lain sibuk tempah baju untuk konvo. Tak teringat langsung pasal baju. Cari jer baju yang mana ada dalam wardrobe dan tudung bawal lama dililitkan macam shawl. Sebab tudung2 yang ada sekarang takder warna krim. Gitu lah koboi nya pergi konvo. Sampai2 elok2 untuk lunch and ke masjid tunggu solat. Setakat breakfast roti dalam kereta jer tadi anak-beranak. Sempat bergambar berganti2 sebab tak sempat nak posing2 beria dan panggil orang ambilkan gambar. Semua pun sibuk. Maka bergerak lah ke dewan. 2 tetamu jer yang dapat masuk. Yang lain menunggu di luar.
Masa ramai2 jumpa kawan2, masa tu lah baru terasa keseronokan dah habis thesis dan akhirnya berjaya jugak menghabiskan my Masters program. Alhamdulillah sesi berjalan lancar. Cuma masa keluar dewan, hujan. Mengganggu juga lah pergerakan tetamu2 nak bergambar dengan graduan2.
Kami pun rushing2 nak bergambar beramai2. Kasut my dear friend lah pulak tercabut tapak. Elok2 selamat untuk ambil scroll jer. Masa keluar dewan dah susah nak berjalan. Hmm... memang tak dapat nak stay dengan dia sebab hati pun risaukan ahli keluarga yang ramai menunggu. Her family dah ada with her.
Sempat jugak bergambar beramai2 dalam macam2 cabaran. Pintu ada yang ditutup. Dalam hujan guest kena pusing sana sini nak menyampaikan ke sesuatu lokasi. Our Master's office bagi goodie bag. Sangat2 touched. Then rushing pulak jumpa family. Sempat bergambar berdua dgn hubby di tengah kesibukan hujan dan orang ramai. Kemudian giliran anakanda2 menggayakan jubah. Berebut2. Seronok tengok dan layan kan jer. Tengok mak sue nyer dapat 'hadiah' walaupun bukan faham pun 'hadiah' tu apa :)
Lepas konvo ada outstation lagi. Balik outstation merata cari kedai gambar nak ambil gambar studio dengan hubby. Kemudian outstation lagi. Masa balik outstation dah hari2 terakhir untuk hantar jubah. Sempat bergambar di universiti sambil ditemankan hubby. Dah berjanji juga dengan my friend untuk bergambar bersama. Dia lambat sampai. I have to rush back sebab petangnya ada flight. Tunggu juga sebab dah berjanji. Pada masa yang sama collect gambar2 konvo haritu dan juga gambar studio yang dah siap. Alhamdulillah selesai dan puas hati. Thanks to hubby sebab melayankan kesibukan wife dia ni antara outstation dengan urusan konvo.
Ini lah yang nak dicatatkan sebagai kenangan. How darling hubby accommodated my schedule in between his, so I can accomplish what I want in between my busy schedule at that time. It means a lot. Sebab tu lah cerita konvo yang dah basi ni tetap nak dicoretkan juga bila ada masa. Love you abang :)
No comments:
Post a Comment