Merata2 orang kopipes pasal menu Ramadhan. Macam best tapi bila tengok agak high profile some of the menu... tak jadi ler nak ikut. Baik buat menu sendiri. Guidenyer... makan untuk sekadar kenyang dan masih mampu nak beribadat lepas berbuka. Juga tak perlu banyak kerja2 remeh. Kari is out kerana faktor angin yang boleh mengganggu ibadat hehehe... Sebenarnya dah perut kosong seharian, pasti akan ada faktor angin ni. Tapi rasanya kurang sikit kalau berbanding lauk kari kut.
Hubby pun dah bagi cadangan beli 1 lauk 1 sayur jer masa berbuka. Tapi nanti terikat dan terkejar2 dengan masa nak pergi bazaar pulak and kadang2 tak berapa nak ada lauk yang ikut selera kita. Atau terlebih beli ikut nafsu. So kita flexible lah. Yang mana rajin kita masak. Kalau tak larat, kita beli. Dan second week tu almost whole week outstation dengan hubby. Semoga Ramadhan tahun ni better dari tahun2 sebelum ni. Syawal pun insyaAllah plannyer nak puasa 6 puasa sunat dulu. Nanti kemudian2 baru buat puasa ganti. Sebab Alhamdulillah dah terbukti kalau hendak seribu daya. Dah berjaya ganti puasa 20 hari dalam masa yang agak singkat.
Menu ni mungkin akan di revise sebelum pergi shopping di pasar. Sebab masa nak pergi beli baru fikir betul2 kubis ni boleh bahagi 2-3 kali masak. Bahan2 lain pun begitu. Penduduk dah 2 orang jer kat rumah ni so tak perlu masak banyak2. Kalau ada lebih, simpan dalam fridge. Bila hubby takder, kita panaskan jer mana lauk yang ada. Lagi cepat hehehe... Ayam tetap kena beli sekor kalau di pasar. Bahagi2 kan siap2 dalam tupperware. Timun kita standby kalau habis lauk sayur masa berbuka, timun standby untuk sahur.
The Menu...
1. Asam pedas ikan parang
2. Kangkung goreng
3. Ayam masak sos tiram
4. Kacang panjang goreng bercili
5. Sawi masak lemak putih
6. Ikan goreng
7. Sambal ikan bilis
8. Ikan cencaru bakar + air asam
9. Sup sayur campur
10.Sambal tahu
11. Daging masak black pepper
12. Sayur taugeh
13. Tomyam campur
14. Kailan goreng
15. Telur dadar
16. Sambal udang
17. Kubis panjang masak lemak putih
18. Ayam masak lemak cili api
19. Goreng kubis
20. Sotong masak kunyit
21. Kacang panjang goreng bercili
22. Asam pedas daging
23. Bayam goreng
24. Ayam masak lemak cili api
25. Goreng kacang panjang
26. Tempe goreng
27. Ikan goreng berlada
28. Sawi masak lemak putih
29. Daging masak sup
30. Sambal cili merah
31. Kailan goreng
32. Udang masak lemak nenas
33. Sayur buncis
34. Asam pedas daging
35. Sayur kacang panjang
36. Siakap stim
37. Sayur campur
38. Sambal cili merah
39. Daging masak lemak cili padi
40. Sawi goreng
No comments:
Post a Comment