Sunday, June 29, 2014

1st Ramadhan 2014

Pagi tadi sahur tak seberapa. Mula2 nak buat nasi goreng tapi gas habis pulak. Dari dapur gas, beralih pula ke dapur elektrik. Ada gas spare tapi tak berapa nak rajin tukar pagi tadi. Nak cepat. Tak berapa nak selera ditambah dengan masa yang tak berapa nak ada, makan sikit jer. Yang penting dah minum susu dan makan kurma. Air kosong pun dah minum dengan vitamin2 yang perlu. I wasn't a milk drinking person.  Tapi my friend beria promosi susu kambing wildan so beli juga lah dan dek sebab manfaat susu kambing tu maka digigihkan juga untuk minum. Boleh lah nak masuk ditekak ni.

Masih tak berapa sihat dan selera pun tak berapa nak ada. Terasa macam masa pregnant dulu. Orang lain pregnant beria makan dengan alasan pregnant. But I only eat untuk kenyang dan demi baby. Kalau makanan macam2 ada tapi nikmat selera tiada, tak guna juga kan. Jadi hargai lah nikmat selera. Mungkin setakat nasi dgn ikan kering dan kicap tapi kalau ada selera, tetap sedap. Apa2 pun Alhamdulillah diberi rezeki untuk hilangkan lapar, dapat tenaga untuk beribadat.

Tapi tiba2 pagi ni datang selera pulak nak makan rendang ayam. Harap2 jadi ler kerja merendang petang ni. Tadi sempat melayan darling boy Adib.  Kelakar betul. Mula2 dia cakap puasa walaupun dah banyak kali sahur. Lepas tu cakap kat dia kalau puasa tak leh nenen. Terus tukar ngaku tak puasa hehehe...

Ada jemputan2 berbuka. Camaner yer? Kali ni dah niat bukan nak berbuka beria tapi lebihkan amalan. Kalau pergi jemputan, mungkin tak dapat beribadah macam biasa. Menghadiri jemputan pun ada barakah nya. Menyampaikan hajat yang menjemput nak menjamu kita sempena Ramadhan kan. Hmmm... tengok lah nanti camana kita boleh adjust. Mungkin lepas ni masyarakat kena jadi lebih peka dengan cara berbuka yang lebih baik. Makan ala kadar dan solat jemaah, tadarus Al-Quran yang lebih penting.

No comments: