Sunday, August 3, 2014

Antara Raya dan Tak Berapa Nak Raya


Genggaman erat tangan FIL and MIL di hari raya :) Inilah tangan yang dah menempuh pelbagai dugaan untuk membesarkan anak2 seramai 12 orang, bertungkus lumus mencari rezeki.  FIL and MIL bukanlah jenis romantik2 ni. Kerja K.Long lah ni menggayakan diorang untuk diambil gambarnya oleh anak cucu. Apa2 pun FIL and MIL sporting jer melayan kerenah anak2 dan cucu2.

Accept for the case of my missing phone charger and cik T in the room, Raya was uneventful. Bermacam cara dah dibuat nak hilangkan cik T di rumah MIL tapi masih ada juga nampaknya. Hampir2 kena silat bila hubby terkejut hehehe... The only big decision I have to make is whether to continue the long Raya holiday or returned home to complete my thesis correction.

I submitted my thesis on Monday early morning before 9 a.m., the week before Raya and received them on Thursday. Can you imagine how fast that was? Normally examiners have like a month to mark. My second examiner completed marking on Tuesday i.e. the next day. My supervisor completed it on Thursday. The office called me to collect at around 3.30 p.m. saying they're closing at 4.00. I was like... really??? They expect me to flew there? Thankfully hubby was around the vicinity and they are willing to send to hubby since hubby's in a meeting and he can't leave. So that's how I got them back before Raya and have to do correction based on their comments.

I returned home on 3rd Raya with a heavy heart. Memang dah plan dari dulu lagi if I have to complete my thesis, tak boleh raya lama2. My earlier plan was to submit after raya before dikejar bagai nak rak to submit earlier. I was in JB for a week-long system training when I received call from them suggesting Friday deadline after my return from JB. Itu pun dapat extend and I finally submitted on early Monday morning. However, bila dah start cuti raya rasa berat pulak nak cut the holiday short. Anyway, I'm glad I did sebab the major correction semua dah siap insyaAllah Alhamdulillah. Tinggal APA format jer yang belum complete pembetulan. The format correction will be done by an expert in CPS office. Siapa yang tak nak buat pembetulan sendiri, boleh bayar $5 setiap 1 page. If only I know how to do it myself. Setakat yang biasa2 tu bolehlah tapi yang jarang encounter like citing online newspaper or newspaper article tu tak reti nak buat. Hopefully he's available in short notice. But whatever I can, I'll try to do it first. Tak nak lah nanti thesis kena reject sebab my margin is 0.02 inch less than the required format or line spacing not done correctly or citation tak betul. Ini kerja tak produktif ni membetulkan format but that's the reality of doing research.

Apa2 pun bila dah setel semua chapters and dapat feedback ni baru lah betul2 jelas apa content yang patut ada dalam semua sub-topic tu. Kalau tidak, mana tau apa2 melainkan ikut2 contoh yang ada. Nasib baik my classmate who is a lecturer baik hati bagi her thesis as reference. My supervisor's thesis pun ada as reference.  I bukan rajin sangat asyik2 nak gi ngadap supervisor. My supervisor pun tak rajin nak buat face to face consultation. We communicate a lot through WA and email jer. Sekarang baru nampak jelas dan nyata and makes me appreciate setiap bahagian tu for a more scientific explanation. Gitu ler rupa gayanya nak buat research ni.

Nampak tak? Nampak tak? :D

Hati berbunga2 bila baca 1-2 feedback yang positive walaupun correction banyak juga kena buat. Itu baru dapat pujian manusia. Belum lagi pujian dari Allah swt. Agaknya kalau kita terima instant feedback on our good deeds sure lebih bersungguh untuk buat baik and pleases Him. Tapi feedback cuma akan diterima di akhirat nanti. Sekarang ni feedback yang ada cuma dalam bentuk yang indirect. Contohnya diberi keberkatan rezeki.... walaupun duit tak banyak tapi rasa cukup, diberi keberkatan masa... walaupun kerja banyak tapi dapat disiapkan, diberi kasih sayang suami/isteri dan anak2 dalam rumahtangga. Ada juga feedback dalam bentuk yang nampak sukar seperti perang di Gaza tu, kehilangan orang2 tersayang... atau kesusahan2 lain. Itu juga tanda Allah sayang kerana apa jua perkara yang membuatkan kita lebih dekat kepada Allah ialah tanda Allah sayang. Kalau dibiarkan hanyut dengan keseronokan dunia, tanda Allah tidak pedulikan kita Nauzubillah.

Sambil menyiapkan thesis ni, sempat juga berpuasa Syawal. Harini dah masuk hari ke4. Kalau tiada aral boleh lah genapkan 6 hari by Tuesday. During Ramadhan haritu dah raya awal 5 hari. Walaupun bersungguh2 berharap dapat solat Raya, dah pergi masjid bagai tapi macam tak berapa berjaya. Nak ziarah kubur anakanda pun tak sempat lah. Balik2 bila timbang, berat dah naik balik :( Bila puasa jer baru berat turun. Water weight jer lah tu. Sigh! Semalam rebus ketupat segera, buat sambal ikan bilis and makan dengan serunding masa berbuka. Sebenarnya rasa tak puas makan ketupat tahun ni sebab raya pertama dah habis and memang tak makan sangat pun masa raya sebab dah berazam tak nak makan melampau. Cukup sekadar kenyang biasa2 jer. Lagipun tahun ni semua giliran beraya di rumah MIL maka cepatlah habis ketupat dan lemang yang ada. Dalam cuba nak makan ala kadar tu pun berat naik jugak :(

Since thesis dah boleh dikatakan complete ni maka harini ialah hari mengemas rumah. Dari balik haritu pandang jer habuk2 tu. Kalau tiba2 ada orang datang beraya, sure tak bagi diorang masuk sebab rumah macam tongkang pecah pun ada, macam orang baru pindah pun ada. Baju2 berlipat bersusun kat sofa belum sempat diangkat. Beg2 balik kampung pun belum simpan. Rumah tak bersapu luar dalam. Pasu bunga pun dah naik pokok2 liar. Hiasan2 untuk raya, kuih raya, semua takder. Except langsir yang dah ditukar, lain semua tak sempat nak buat. Janganlah ini semua disebabkan tiada keberkatan masa Nauzubillah. Anyway, harini lah masa yang ada nak buat semua tu. Lewat petang ni dah nak ke MLK semula untuk fetch hubby yang nak balik esok. Esok juga dah nak buat kerja printing dan lusa deadline untuk hantar for proofreading and grammar correction, and ke CPS office for format correction. Semoga dipermudahkan.

No comments: