It's been a while since last update. As written in previous entry, memang masa yang sangat packed menanti. In between ada macam2 event juga yang tak sempat nak update like my convo and trip with hubby to Redang. Ada juga terselit Melaka River Cruise dan asthma attack last Friday. Teruk juga... semalam kena 2 kali neb, prednisolone 6 biji for 5 days, Ventolin prescribed twice every 4 hours for 3 days. Yang last tu I ngelat. Hmmm... dah semput pun sempat lagi ngelat tu. Alhamdulillah feeling much better though pagi2 tadi wheezing gak mula2. Duduk diam2 and sapu minyak angin.
Rasanya angkara mengemas rumah sakan 3-4 hari lepas setelah lama tak dapat nak bersantai2 di rumah. Mengelap, mengemop, menyapu, termasuk membersihkan grill pintu depan dan pintu dapur yang berhabuk campur berminyak from the cooking. Celah2 tangga tu mop betul2 sebab cicak bermaharajalela when I wasn't around. Happy jugak dapat menjahit setelah lama mesin jahit tu bercuti. Terasa nak shopping kain2 lagi ni.
My alumni ada plak yang buat travel agent company offer nak buat hiking trip dari Nagarkot ke Dhulikhel, di Kathmandu, Nepal next year. Ada orang tak sedar diri ni teruja juga nak pergi :) Nak jadikan tahun depan tahun mengembara. Banyak tempat yang menarik ni dalam pakej dia. Antaranya Korea dan Turki. Sangat2 menarik. Apa2 pun fulus kena ada dan badan kena sihat.
Berat badan makin bertambah lepas balik dari training berturut2. Logik tak? Kalau training siang malam memang ler makan 6 kali sehari. Tu ler kut penyumbang nya hehehe... Apa2 pun hubby bersungguh2 tak nak dinner nasi bagi membantu I kuruskan badan. Haaa... kena lah makan sandwich ker, spaghetti ker dan apa2 janji bukan nasi untuk dinner. I have my cheat night once a week if I really have to take rice. Other than that kita cuba ler setakat yang mampu. Memang mencabar sebab sekarang tengah sweet tooth. Duk nak makan coklat, cakes and anything sweet. Haaa... bahaya tu untuk kesihatan. Nanti sambung lagi...
No comments:
Post a Comment