Saturday, July 21, 2018

Berubah atau Tidak?


Masih ada orang berdebat samada sikap manusia boleh berubah atau tidak. Ada yang kata sikap sebenar telah terserlah, bukan sebab dah berubah. Tapi sebenarnya to me, yang penting ialah adakah sikap itu menuju ke jalan yang lurus dan diredhai.

Tadi terbaca seorang director Guardian of the Galaxy got fired sebab tweet2 lama yang mempermainkan rape and paedophile dalam status2 provokatifnya. I like how the director responded. He took full responsibility of what he said eventhough now he has changed opinion about his provocative post yang tak menjadi pun. Zaman sekarang kata2 terpapar di sosial media dan jadi peninggalan zaman-berzaman.

Tapi sejak dari azali pun setiap perbuatan dan kata2 kita dicatat oleh malaikat. Maka harus lah kita lebih takut dengan Allah dan hukumNya. Sendiri mau ingat lah kan kalau perangai buruk sendiri tak berubah2 dari dulu sampai sekarang. Sekarang ni I realized a lot of mistakes in words, approach and opinion during my youth. Alhamdulillah for wisdom in old age. And I can feel many things still changing. I'm far from perfect dan semoga sentiasa diberi hidayah dan petunjuk.

Dulu layan juga cerita2 romantik. Sekarang memang lah tak tengok drama2 melayu yang terpegang tangan, terpeluk, ternampak rambut gadis idaman yang bertudung, berpelukan, berpegangan tangan.... NO! NO! NO! Tolong lah jangan hidang cerita2 macam ni. Berdosa dik. Drama korea ker hindi nak buat, depa tu bukan Islam. Jauhkan lah semua perkara ni dari ahli keluarga yang tersayang. Jaga lah diri mu elok2. Tak perlu semua tu untuk mencari kebahagiaan dalam perkahwinan dan kehidupan akhirat yang lebih baik.

Dulu2 orang tua pun suruh pergi dating untuk kenal2 dulu. Ni nasihat versi dulu2 zaman when I was younger bukan when my grandmother was younger. Katanya, kalau tak kenal camana nak kawin. Zaman tu kurang pegangan bahawa jodoh tu betul2 datang dari Allah. Sampai masa, bertemulah ia. Nanti ada org kata kau dah kahwin senang lah cakap. Hmmm... memang susah  nak back to ajaran Islam yang asal. Mak bapak pun taknak cari kan dah. Nanti rumahtangga korang berantakan, susah. Cari lah sendiri. Dan kita pun semacam susah nak terima arranged marriage sebab dalam keadaan kita semua bebas belajar, bekerja dan bergaul, mustahil nak terima orang yang kita tak kenal kan. Still kena reserve opinion on this issue.

Dulu2 kita ada pendapat on semua benda. Semua pendapat kita nak diketengahkan. Tak kira lah orang suka atau tak suka. Tapi sekarang, belajar telan pendapat2 sendiri yang tak penting pada orang. No matter how much we care or concern, we're not entitled to share our opinion on our whims and fancy. Boleh simpan sendiri, doakan, atau tulis blog hahaha... Ia satu defence mechanism juga. Untuk jaga hati sendiri. Penting ni untuk kebahagiaan dan kewarasan diri. Choose your battle wisely.

Point utama ialah tanya diri sendiri soalan2 lebih kurang macam yang ditanya Nga Kor Ming di Dewan Rakyat. Tapi kena olah sikit lah. Nga Kor Ming ni ada yang kata dulu kasar juga bahasanya. Tapi I care about the good things he said now. Betul kan. So ikut lah. Kenapa nak timbulkan cerita dulu? 

Soalan olahan:-
1. Adakah kata2 dan perbuatan kita membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat?
2. Adakah mak ayah bangga dengan kita atau malu dengan perangai anaknya? Atau boleh juga ditanya sebegini, adakah Rasulullah saw redha dengan kita sebagai umat baginda yang menegakkan agama dan menjadi sebaik2 manusia?
3. Adakah kita benar2 berazam menjadi hamba Allah yang baik atau sekadar bercakap kosong?

Hmmm... my answer to the above questions, masih banyak lagi perlu diperbaiki. Tapi bersyukur kerana Allah lebih tahu perjuangan kita ke arah lebih baik. Orang pula hanya menilai berdasarkan kisah2 lama kita, macam director Guardians of the Galaxy yang kena pecat tu.

No comments: