Kontroversi
Dah lama tak tulis post2 kontroversi sejak kahwin. Ada beberapa sebab.
1) Nanti orang ingat kita menulis kerana kisah hidup kita. Tak pasal2 nanti hubby kena kutuk. Kena letak disclaimer tiada kena mengena antara yang hidup atau mati.
2) Nanti hubby sentap. Masa dia mula2 baca blog dulu pun dia dah sentap. Tak kenal pun dia sapa masa tu and tak tuju pun pada dia :D Hubby hati tisu.
3) Nanti cakap banyak2, terkena ke batang hidung sendiri.
Tapi banyak reflection dari persekitaran that makes me terpanggil untuk menulis semula post2 kontroversi. Ambil jer lah sebagai pengajaran dan peringatan.
Ku sangkakan dua….rupanya tiga! (Dialog Madu Tiga) Bermadu pulak dengan budak umur 11 tahun. Celaka betul jantan tu. Masa lepas SPM dulu kerja sementara di mini market. Ada lelaki approach my boss tanya pasal I sebab nak buat bini pun I punya takut dan gigil tak boleh cakap. Tak terlintas langsung pasal kawin at that age. Lelaki tu kalau difikir2kan sekarang, mid or late 20s pun lepas lagi lah umur dia tapi masa tu rasa orang tu dah tua sangat. Boss cakap dia nak belajar lagi. Huh… lega tapi sentiasa seram kalau dia datang kedai. Cepat2 gi jauh2 kalau dia masuk kedai. Kalau my boss tak cakap, I have no idea lah tapi dia beritahu so dah tau lah kan.
Kes Tipu Bini
Wife ni ada 6th sense bila ada sesuatu yang tak kena dengan suami. Kadang2 Allah tunjukkan bukti depan mata. Tapi bila confront suami, dia menipu tanpa rasa bersalah. Apa lah yang sebenarnya si suami rasa? Rasa selamat kah? Rasa gembira kah? Reaksi isteri bagaimana yang suami mahukan? Terpedaya? Biarkan jer penipuan suami tu?
Kalau dah bukti ada depan mata, suami2 ni mahu isterinya jadi hati batu kah? Mahu isterinya berlakon tiada apa2 berlaku? Dua2 hidup dalam lakonan? Jadi kamu ingat salah siapa kalau isteri hilang rasa hormat? Kamu ingat Allah redha dengan penipuan kamu? Kamu ingat salah siapa jika isteri tak percaya kamu dan rasa kamu tidak boleh diharap? Till Jannah? Takut terjunam ke Jahannam bila stress sangat atau timbul masalah emosi dek kelakuan suami.
Bukan setakat isteri. Anak2 nanti pedulikan kamu ker kalau dia tahu ayahnya duk layan perempuan sana sini. Everytime I heard stories of neglected parents, I hold my judgment. Allah jer yang lebih tahu siapa yang ignore siapa sebenarnya. No doubt memang ada anak2 derhaka. Tapi I’m not judging sebab tak tahu cerita. Orang2 tua nak bercerita kita dengar dan iya kan jer.
Poligami Tidak Adil
Dalam Al-Quran memang dah sebut pasal poligami. Zaman jahiliyyah dulu, lelaki berkahwin tanpa had. Islam dah had kan kepada empat tapi tanggungjawab kepada satu pun dah cukup berat. Bukan setakat tanggungjawab kepada isteri, tapi diri sendiri sebagai Muslim dan juga kepada keluarga dan masyarakat. Semua tu banyak ayat2 lain dalam Al-Quran dah suruh jadi sila lah ikut semua sekali. Jangan asyik sangat nak ikut hat yang poligami tu jer.
Yang kahwin sembunyi2 tu, sah2 dah berlaku ketidakadilan kepada isteri. Hal giliran dah tak adil kalau dah asyik kena menipu sana sini. Nanti kau mati, siapa nak tegakkan keadilan untuk pihak kau bila faraid tak dapat dibuat seadilnya? Yang hidup tu mungkin tak harap pun harta faraid kau, tapi bila ketidakadilan berlaku kau tetap tanggung sebab kau lah puncanya kan. Oh alasannya dah jodoh… takdir. Maka jangan salahkan takdir kalau isteri dan anak2 tak pedulikan kau. Dah takdir kan kau nak kahwin, dan dengan perkahwinan itu anak isteri jadi menyampah dengan kau. Banyak kekurangan kau boleh diperbaiki tapi kegedikan nak berkahwin lagi yang kau sibuk kan.
Penipuan Dunia
Dunia ni banyak keindahan sementara. Sedap2 sangat makanan di dunia ni. Tapi kalau tak makan sesuka hati sebab nak jaga kesihatan, jaga anugerah tubuh badan sihat yang Allah bagi, ikut Sunnah cara makan Rasulullah saw, dapat lah pahala dan makanan yang lebih sedap di syurga tanpa susah-payah nak kira kalori atau risau penyakit. Banyak sangat kemewahan dunia seperti Bijan lah, Birkin lah… tapi kalau kau tak kejar kemewahan tu dengan cara haram sampai menindas orang lain, kau dapat lah habuan yang jauh lebih baik di akhirat. Kemewahan dunia ni umpama setitis air di lautan jer. Ramai sangat wanita cantik Allah jadikan. Kalau kau tak kejar sangat nafsu kau… kau jaga perbuatan dan akhlak, sedar diri tu tak mampu adil, lebihkan mencari Allah dari mencari cinta dunia, di akhirat seribu bidadari pun Allah bagi. Tapi ramai yang tak mampu nak tunggu seribu bidadari tu. Penipuan dunia juga yang dicari.
Allah Tempat Berlindung
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa ku dan dosa suami ku serta semua ahli keluarga kami. Berikan lah kami petunjuk dan hidayahMu untuk menjadi hambaMu yang lebih taat dalam beribadah dan mencari keredhaanMu. Satu kan lah kami di Jannah. Berikan lah kekuatan kepada kami untuk menghadapi dugaan2 di dunia ini. Permudahkan lah urusan alam barzakh dan akhirat kami. Jauhkan lah kami dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kasihanilah kami. Hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan.
No comments:
Post a Comment