Semasa membaca cerita2 di dalam Al-Quran dan mendengar ceramah2 di bulan Ramadhan ni, terserlah banyak kisah dugaan2 yang dihadapi oleh Rasul2 Allah s.a.w. Teringat juga dengan sikap manusia ni... diri sendiri pun mungkin pernah memikirkan benda yang sama.
Bila orang yang kita tidak suka atau pernah ada isu dengan mereka... ditimpa musibah, hati terasa seronok. Haaa... kan Allah dah balas. Sebab tu lah kena busung. Sebab tu lah kena denggi. Sebab tu lah kereta accident. Sebab tu lah kena pecah rumah. Sebab tu lah kena rompak. Astaghfirullah al azim... Wait! Stop there! Betul ker itu balasan Allah? Kerana kamu? Pasti ker? Hakikatnya dalam setiap 'isu', kedua2 pihak pun rasa dia betul. Yang betul2 benar hanya Allah sahaja yang tahu. Sekiranya hati tidak terlalu marah atau ego, mungkin kita boleh juga lihat dari perspektif pihak yang satu lagi. Bottom line is... Allah Ar-Rahman Ar-Rahim sayangkan semua hambaNya. Sedangkan Rasul2 Nya pun diuji... bukan kerana mereka ada dosa pada sesiapa. Itu adalah ujian Allah kepada Rasul Nya untuk menguatkan mereka dalam menyebarkan agama Islam.
Bila orang yang kita baik dengan mereka ditimpa musibah pun, kita minta mereka bersabar. Mungkin ada yang fikir musibah itu datang kerana dosa si polan. I have a 'friend' who sort of said padan muka anak meninggal sebab ada dosa dengan si polan si polan. Astaghfirullah al azim... she's no longer a friend. Hakikatnya semua manusia ada melakukan dosa. Tetapi jangan lah jadi hakim pula mengaitkan sesuatu musibah dengan dosa. Itu bukan kerja kita. Dugaan Allah boleh datang kepada sesiapa sahaja hambaNya. Kita doakan yang baik2 sudah lah. Kenapa hendak jadi hakim?
Ustaz Nouman Ali Khan ada mention in one of his ceramah... sekiranya kita nak maafkan orang tapi susah nak maafkan, jangan minta yang buruk2 untuk si polan. Minta pada Allah agar datangkan perasaan aman dan angkat perasaan tidak senang itu dari hati kita. Sekiranya kita yang nak minta maaf dengan orang pun, jangan harap dimaafkan dengan begitu mudah hanya kerana kita telah memohon maaf kerana dalam hatinya mungkin masih ada perasaan tidak senang. Doakan Allah datangkan perasaan aman buat nya dan semoga Allah angkatkan perasaan tidak senang itu. Kita tidak boleh mengubah hati2 orang, jangan mengharapkan balasan bila kita minta maaf. Kita minta maaf untuk diri sendiri, untuk hubungan hati kita dengan Allah, kerana kita acknowledge kita dah melakukan kesilapan. Sama ada si polan hendak maafkan atau tidak, itu hubungan hatinya dengan Allah.
Yes, I acknowledge this. Walaupun dengan insan2 yang bila teringatkan mereka jer terkeluar "pergi lah mampus" di dalam hati. Yes, as much as I want peace in my heart ada beberapa insan yang nak pandang muka dia pun tak suka. Tak boleh nak duduk sama, senyum atau bergelak-ketawa jauh sekali. I don't care for them at all. I acknowledge that Allah loves them. I just find it difficult to forgive and forget... may Allah gives peace in my heart and lift those nasty feelings away. For they are His servant and bakal ahli syurga juga. Kita pun mahu jadi ahli syurga.
Alhamdulillah tiada perasaan macam tu untuk keluarga terdekat dan orang2 penting dalam kehidupan. Yang tiada kepentingan langsung tu boleh avoid selagi boleh. Tapi kalau dengan keluarga terdekat berperasaan macam tu, kasihan lah hati.
No comments:
Post a Comment