Kesan dakwat mengundi masih bersisa di kuku. Maka boleh lah nak bercerita pasal GE14 kan :)
Walaupun dah lama berhajat kepada perubahan, tapi seumpama hampir mustahil ia akan berlaku bila mengenangkan segelintir masyarakat masih di takuk lama. Ada yang terhutang budi pada keris atau dacing katanya... atau mengharapkan bantuan barang sehelai pelikat atau sekampit beras atau RM50 atau sebiji tong biru. Lagi pun mengenangkan kiasan2 akhir zaman betapa kekufaran itu akan berleluasa... maka dalam hati tidaklah berharap langsung. Yang penting, selagi Selangor tidak berubah, sudah bersyukur yang teramat sangat.
Semakin lama menunggu keputusan yang tak juga diumumkan, semakin berbunga2 harapan. Mungkinkah??? Dan siapa sangka akhirnya ia menjadi kenyataan. Masih ada sinar... Sesiapa pun patut belajar dari sejarah yang berlaku. Sesiapa pun yang rasa dia berkuasa, akan tiba masa tersungkur jua. Keangkuhan, kebiadapan, kesombongan... high high squirrel jump, one day fall to the ground also katanya :D Tetapi manusia memang tidak pernah mahu mengambil pengajaran walaupun sudah berabad2 sejarah menceritakan pelbagai cara kejatuhan pemimpin zalim. Kini satu lagi sejarah serupa terlakar di dunia. Tetapi kadang2 kita juga berlaku zalim dengan sedikit kuasa yang kita ada. Tuding lah jari kepada diri sendiri. Itu jauh lebih bermakna.
Kita juga patut belajar bagaimana kesabaran itu akhirnya membuahkan hasil. Masa DSAI dijatuhkan, sesuatu yang amat mengejutkan... dan sudah pasti kita mahu kan reformasi berlaku. Tapi akhirnya kita jadi bosan dan hidup pun diteruskan. Walau bagaimana pun, buat DSAI dan keluarga, serta penyokong2 nya, ia adalah satu perjuangan yang tetap diteruskan. Akhirnya satu kejayaan buat mereka selepas hampir 20 tahun. Ia sepatutnya memberikan kekuatan pada kita untuk terus istiqamah dalam bersabar dan berusaha.
Kita juga boleh belajar tentang qada' dan qadar. DSWAI adalah contoh seorang reluctant leader. Dia tidak pernah mahu berada di kedudukan itu tetapi PERLU melakukannya. Dan sekarang berada di posisi yang suatu masa dahulu dipegang oleh suaminya DSAI. Begitu lah kadang2 Allah tidak beri apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu. DSWAI tidak pernah menginginkannya. She is a woman very much like TDSH. But she has to fight in a different way. Begitu juga kita. Apa yang kita aspirasikan kadang2 semakin jauh dari genggaman. Buntu dan lesu tidak dapat apa yang dihajatkan... akhirnya kehidupan diteruskan dan kita penuhi dengan hajat2 lain atau bina hajat baru. Kadang2 kita lupa dengan qada' dan qadar.
DMM ialah satu lagi contoh. Baru dalam 2 bulan menyertai politik katanya... dan kita semua tahu dia terus dapat jadi menteri kabinet. Itu semua qada' dan qadar Nya.
Begitu lah putaran dunia yang sementara. Dan manusia masih tetap mengejar yang sementara itu. Ambil lah pengajaran dari lembaran sejarah.
Cepat... atau lambat... berlaku seperti yang dikehendaki atau tidak... bukan urusan kita. Usaha dan doa sentiasa, Allah tahu masa yang tepat untuk kita. Allah tahu perkara yang sesuai untuk kita. Sentiasa lah ingatkan makna2 dalam surah Al-Kahfi.
No comments:
Post a Comment