Sunflower gives the connotation of cheerfulness, bright, jolly, merry... you get the idea! However, if any content in this blog didn't fit the cheerfulness implied by its name, look at it this way... I'm putting down all the wretchedness, gloom, melancholy feeling in here so I can continue living up to the expectation of making the association to the sunflower.
Monday, August 20, 2018
Nasihat Tok Kadhi
1. Bila dah bernikah, pasangan yang dulu nampak cantik dan menarik, Iblis dah terbalikkan. Pasangan dah tak nampak menarik, yang diluar nampak lebih menarik.
2. Bila dah bernikah, fikirkan penyatuan. Ada apa2 masalah, fikir bagaimana nak bagi bersatu dan bukannya berpisah.
3. Bila dah bernikah, PALING utama untuk dijaga ialah solat. Solat berjemaah sekiranya di rumah. Jaga solat, InsyaAllah perkahwinan terjaga.
Rumusan nasihat2 tuan kadhi semasa majlis kelmarin. Selain dari nasihat untuk pengantin baru, nasihat untuk pengantin2 lama juga.
Buat pasangan pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, sabar menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan (tahap sabar perlu ditingkatkan 2-3 kali ganda lepas berumahtangga), dengar dan ikut nasihat tuan kadhi, dan selalu lah fikir tanggungjawab dengan Allah, buat sesuatu kerana Allah dan apa2 kesusahan berumahtangga di dunia, layarilah sebaiknya untuk dapat redha Allah dan fikirkan lah balasan yang lebih baik di akhirat.
Kalau bagi nafkah masa sayang atau ikut kata suami masa sayang, memang tiada masalah. Tapi buatlah untuk dapat redha Allah. InsyaAllah masa marah pun akan mampu buat kerana fikirkan tanggungjawab kepada Allah dan balasan akhirat.
Jika terasa kehidupan susah atau macam2 dugaan, fikirlah itu semua qada dan qadar. Now Allah has put me in this situation, how do I handle it to get pahala and His blessings.
Dah tumpang sekaki tambah nasihat tuan kadhi pulak 😁 Tapi memang kita doakan yang baik2 untuk pasangan pengantin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment