Ada orang berniaga, marah bila kita tak sokong dia berniaga. Bukan senang nak berniaga katanya. Betul... nak berniaga bukan senang. Tapi ada satu konsep yang sama antara orang berniaga dan makan gaji iaitu konsep mencari keredhaan Allah. Rezeki tu Allah boleh beri dalam keadaan Dia redha ataupun tiada keredhaanNya. Semoga dijauhkan rezeki kita dari keadaan Allah tidak redha.
Nak mencari redha Allah, nak berniaga tu kena fikir betul2 setiap tindakan. Rezekinya 9/10 dan nak dapatkan ganjaran Allah bukan senang. Barang yang dijual kena betul timbangan, tidak memudharatkan pembeli... orang jual dadah pun boleh kata dia berniaga tapi memudharatkan pembeli dan masyarakat, jual kosmetik ada bahan beracun, jual supplement jer dan dakwa boleh sembuh penyakit2 berat, jual makanan tak bersih, buat MLM dan suruh orang cari orang dan bayar ratus ribu ringgit untuk produk yang tidak bermanfaat atau menipu ada manfaat... panjang lagi boleh disenaraikan. Jadi nak berniaga kena lah ada ilmu. Jangan percaya bulat2 kata orang. Zaman kegawatan ekonomi isi rumah ni, ramai yang nak duit senang. Menipu pun sanggup. Atau paling tidak, jahil. Membuta-tuli dengar cakap ketua MLM dia atau cakap orang. Walaupun bisnes2 ni dibenarkan beroperasi di Malaysia, belum tentu 'halal' dalam erti kata sebenar. Rokok dan arak pun dibenarkan jual dalam Malaysia. Jadi pilih dengan mata hati produk yang nak dijual tu betul2 halal.
Yang makan gaji pula, kerja lah betul2. Jangan mengelat, jangan tuang. Biar setiap sen gaji tu berkat. Yang dicari ialah keredhaan Allah. Apa lah maknanya rezeki yang diterima tapi Allah tak redha.
No comments:
Post a Comment