Thursday, March 26, 2015

GST to Us...


GST headache for our family  began since about end November last year tapi masa tu masih suam2 kuku lagi. The intensity has increased tremendously for the last two weeks and still is going at maximum speed. Hubby is extremely busy this past few weeks. Harini ada yang kita tanya dia dah tak mampu nak register and jawab. Takper lah... kesian hubby. Just tanya nak makan apa atau gosok seluar mana tapi nampak blank jer dah. Dalam fikiran mesti penuh dengan GST... GST... petang ni ada meeting. Semoga Allah permudahkan untuk dia.

Masalah dengan company2 ni, last minute baru dapat green light nak update system to include GST. Ada yang last Monday baru panggil meeting. Itu pun access to the database masih tak dapat sampai sekarang. Sigh! Agaknya masing2 masih mengharap ada time extension at the last minute. Bukan syarikat kecik2 ni. Patutnya lebih bersedia. Bayangkan lah 4 organisation punya system nak upgrade at the last minute. Team 2 orang jer yang mampu buat untuk projek ni. Sorang lagi ada  tp tak kuat programming background. Adalah bantu yang mudah2. I'm not a programmer so tak dapat nak tolong hubby. Cuma dapat bantu with some documentation jer.

Hubby pun untuk bulan ni dapat balik MLK dah jumaat lewat petang bawa ke malam. Di sini pun kadang2 ada badan depan mata tapi mind dia dalam software engine agaknya. Bawa kereta boleh lupa tujuan, cakap pun boleh salah. Jom pergi GST hahaha.... gitu lah kalau dah busy sangat. Tersenyum jer menengok orang keletihan cuba ajak berbual. Dia tanya soalan, sedang kita jawab dia boleh doze off. Bila tersedar dia tanya balik camaner tadi. Tergelak and suruh dia tidur jer lah kalau dah letih sangat. Memang kesian sangat tengok hubby.

As for me, aritu busy sangat... sekarang ni sempat relax2 sambil update blog lagi. Masa nilah try catch up balik dengan cerita2 lama. 4 documentation dah setel for 3 organization. Ada 4 lagi yg belum diberi green light untuk proceed. Some of my training has been postponed. Takper lah. Dapat bantu hubby setakat memudahkan urusan yang lain. Makan minum, gosok baju, urut badan. At the same time harap nak kemas kini urusan sendiri jugak. Update blog is one of them :) photobook family yang tertangguh dari Redang trip lagi nak dibuat, update training2 terbaru dan nak try publish paper. Lecturer dah push jugak tapi masa jer tak mengizinkan. Dia tak leh nak marah sebab bukan student Masters dia lagi hehehe...

So my prayers semoga dipermudahkan urusan hubby, diberi kesihatan buat his team members, kerjasama dengan client berjalan lancar dan diberi ganjaran dunia akhirat atas ibadah menjalankan tugas. Semoga diberi kesabaran juga buat ahli keluarga yang tak banyak dapat spend masa bersama.

Sampai bila2 pun selagi ada GST pastilah teringat bagaimana kesempitan masa yang ada dengan kerenah client yang last minute ni. Dalam kebizian ni juga lah kami sempat ke Krabi sebelum mendaki Ledang haritu. Sambut anniversary yang ke-7. Masa tu 2-2 tengah nyawa2 ikan dengan kerja. Perancangan semua dah dibuat awal. Memang tak sangka akan sibuk sangat sampai macam tu sekali. I considered cancelling the holiday tapi hubby berkuat juga dengan statement standard dia... kerja sampai bila pun tak habis. And at the last minute dapat information training postponed. Alhamdulillah... lega rasanya. Kalau nak ikutkan no training, xder lah rezeki masuk. Tapi not everything about money lah kan. Masa pun penting jugak. So dapatlah clear sket mind masa nak ke Krabi. Cukuplah teaser pasal Krabi. Nanti kita fokus pada entry Krabi pulak. For now, sedang menunggu hubby balik lepas meeting yang membuatkan dia nampak macam zombie tadi. Zombie GST hihihi...

No comments: