Friday, November 20, 2015

Feeling Out of Sort

Terasa semacam jer arini. Sebenarnya dari semalam dah rasa. Rasa tak best. Sebab tetiba training date tukar. Dari selasa kepada isnin. My associate company  yang silap tengok date. Maknanya lepas Selangor Century Ride kena berkejar ke airport :( Kalau ikutkan  hati mau jer tolak job tu. Tapi terasa responsible jugak. Client dah ready nak terima kita datang buat training. My associate company yang silap. Sigh!

Lepas balik dari KT ada sehari before bermula training 7d6n. Kena bergerak hari yang free tu jugak. Bermalam di lokasi training. So 7d7n jadinya outstation. Kuatkan hati juga sebab lepas tu no scheduled training dah. After 2nd Dec free insyaAllah kalau takder last minute request for training.

Semoga I and hubby berjaya harungi saat2 berjauhan ni. I don't like sudden change this way. Sebab kita dah mentally prepared for a schedule then bertukar.  Masa SCR nak rilek2 kayuh around Morib while waiting for riders to return. Tapi ni kena pikir nak bawak barang2 dalam kereta. My laptop? Lepas event kalau lambat kena terus ke airport. Hubby kata tak payah ikut pun tak per. Hmmm... lagi tak best kalau tak ikut. We've planned kan.

Semoga Allah permudahkan urusan. Normally bila rasa schedule macam tight sangat, ada perkara2 yang berlaku yang buat kita rasa amazed bagaimana Allah permudahkan. Nak mencari rezeki ni Ibadah. Nak berkongsi pengetahuan dengan orang, semoga berpanjangan manfaatnya. Permudahkan lah ya Allah, semoga cabaran itu dalam kemampuan kami untuk menghadapi nya.

No comments: