Tuesday, July 16, 2013

Dah Seminggu Ramadhan

Dah seminggu Ramadhan. Baru dapat habiskan Surah Al-Baqarah. Sepatutnya sayang sekiranya Ramadhan pantas berlalu pergi tapi tak larat betul dengan rasa mual ni. Bila rasa nak muntah, ada yang keluar angin jer. Ada yang rasa dah sampai tenggorok tapi termasuk balik. Ada yang paling teruk bila ada satu urat antara rahang dengan pipi tu, yang terasa masam bila nak muntah. Time ni mengerang2 tak selesa. Urut2 dada yang terasa perit. Berair mata, seram sejuk badan dan menggetap gigi menahan. Sleep become an escape mechanism. Tak suka asyik terbaring dan tidur jer tapi itu jer lah yang berdaya buat.

Masa di rumah MIL, berbaring lepas subuh sebab lepas sahur memang loya. Kemudian ambil angin di luar. Dah rasa pening masuk semula dan baring sekejap. Kemudian mandi. Menjelang tengahari mual sebab lapar pulak. Tidur kejap. Kadang2 duduk melayan anak2 buah bermain. Jadi tukang perhati kut ada yang ganas sangat, bongkar bantal kat bilik, lompat2 kerusi nampak bahaya sangat. MIL dah masuk dapur, teman MIL buat kerja. Tak menolong sangat pun. Duduk dan berbual jer. Memang bertuah betul menantu sorang ni. Time menumis tak tahan nak muntah, masuk bilik dan tidur. Solat pula, jamak jer. Dalam pukul 5, tolong MIL kemas dapur sikit2 and cuci apa yang patut. Time ni ipar2 dan biras2 dah mula sampai dengan juadah masing2. Semua pun menolong, tidaklah berat sgt. Time berbuka makan kurma dan minum sikit dulu before ada feel nak makan. Makan sikit jer. Lepas tu sambung mual lagi. Berbaring dulu. Jamak takhir bila dah lega pening. Gitu lah biasanya.

Semalam hubby urut2 belakang lepas buka. Terasa lega betul masa solat maghrib. Tapi sementara menunggu isyak, termuntah plak keluar air jernih kekuningan. Memang tak minum air kosong masa berbuka. Minum soya suam jer. So tak pasti air apa. Masih terasa nak terkeluar lagi, cepat2 lelapkan mata. Tertido sampai kul 11. Baru isyak.

Dan baru jer, terkeluar juga akhirnya. Air jer... banyak jugak. Entah dari mana datangnya. Nasib baik tak terkeluar segala isi perut. Lega sikit sebenarnya. Cuma takut kalau muntah sampai keluar semula apa yang dah dimakan macam masa pregnant yang dulu. Masih phobia bila apa jer masuk dimuntahkan semula. Huhuhu... sungguh tak sanggup bila diingatkan. Anyway, sangat2 bersyukur boleh melepek jer kat rumah ikut suka hati. Tadi Google pasal alah mengandung, terbaca cerita2 orang yang tetap terpaksa bekerja walaupun muntah teruk.

Tak sabar nak sampai ke milestone kedua iaitu second trimester. Kat perut dah terasa ada bahagian yang keras bila ditekan. Sorry baby. Ummi sajer nak rasa. Selamat membesar dengan sihat.

No comments: