Semalam hari yang mencabar. Petang sakit di bahagian ari2 bila asyik rasa nak termuntah. Lepas berbuka sangat2 miserable sampai lah midnight bila terkeluar semua isi perut. Terasa tiada langsung kemanisan berpuasa. Astaghfirullah... marah pada diri sendiri terfikir macam tu sedangkan Allah dah beri kelonggaran tapi sendiri yang menzalimi diri.
So harini tak berpuasa. Bukan mudah ambil keputusan tak berpuasa ni. Bukan jenis ponteng puasa kan. Tapi tak larat rasanya. Dah cuba air halia, makan madu nak kurangkan loya tapi tak berjaya. Alangkan tak berpuasa pun bukannya segar bertenaga. Lembik melepek juga. Tapi sekurang2nya keadaan lebih baik bila dapat makan dan minum. Pendapat pasal ganti puasa dan fidyah pun ada pelbagai. Yer lah... bukan semua yang mengandung lembik melepek. Jadi guna lah yang mana rasa sesuai dengan conscience masing2.
Yang perlu diingat, Allah tak memberatkan hambaNya. Kalau sepanjang mengandung lembik, kemudian nifas, kemudian menyusukan anak, bila pula dapat ganti puasa? Bukan semua mampu nak bayar fidyah tiap2 tahun dengan puasa perlu diganti yang bertambah2. Yer lah kalau tahun ni mengandung, tahun depan menyusukan pulak. As for me, tengok lah second trimester nanti macamana keadaan.
Pagi tadi muntah juga lepas breakfast. Rasanya sebab angin, lepas muntah semua semalam terus paksa diri tidur. Mula2 pening nak makan apa lagi. I know I need something hot but milk, milo, tea and coffee semua tak menyelerakan. Then teringat ada mushroom soup vono. Cuba lah minum. Alhamdulillah celup biskut, kenyang juga utk breakfast kedua after muntahkan first one. Buah2 pun membantu. Untuk lunch ada lauk yang sepatutnya untuk sahur. Sakit ari2 pun takder arini. Malam tadi tidur dengan kaki ditinggikan guna bantal. At least for some moment sebelum bantal2 tu kena sepak ke bawah :D
Below are some info on ganti puasa atau bayar fidyah.
Dari fb page Wardina:
Sekadar berkongsi. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:Alhamdulillah saya mengikut pendapat pertama.
1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.
2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.
3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah
4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.
5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.
Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya. Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~
Dari wall Dr MAZA:
Kata Ibn 'Abbas: "Jika wanita hamil bimbang (kesihatan) dirinya, ataupun ibu yang menyusu bimbangkan anaknya -pada bulan ramadan- maka mereka boleh berbuka dan (menggantikannya) dengan memberi makan setiap hari seorang miskin (iaitu membayar fidyah) dan mereka TIDAK PERLU mengganti puasa ( tidak wajib qada puasa)" - riwayat al-Tabari sanadnya memenuhi syarat sahih al-Imam Muslim.
Dari web Masjid Al-Azim Melaka:
Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :
1. Wajib qadha'
Kedatangan haid dan nifas.
Sakit yang membahayakan.
Tersangat lapar dan dahaga.
Dalam perjalanan.
Pitam.
Mabuk.
Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
2. Wajib qadha' dan wajib membayar fidyah.
Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
3. Tidak wajib qadha'.
Kafir (tidak beragama Islam)
Kanak-kanak.
Gila
4. Tidak wajib qadha' tetapi wajib membayar fidyah.
Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya.
Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa
Beberapa Catitan Penting :
1. Lewat qadha' puasa:
Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.
2. Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.
Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.
No comments:
Post a Comment