Saturday, July 20, 2013

Kesayuranku

Semalam adalah hari lembik sedunia. Letih, lemah, longlai, limp, boneless, weak, vegetable. Pagi2 dah muntah kedarah. Sigh! Tak puasa lah lagi jawabnya. Perut yang kosong bukannya boleh diisi setakat dengan biskut. Nasib baik ada baki nasi dan lauk sahur sikit. Baru lah diam gelodaknya. Masa sahur minum air halia segelas, dikatakan baik untuk orang mual. Banyak beli halia muda haritu. Keluar balik semua. Dah tak beli bubur nasi pun. Walaupun sedap makan untuk orang yang tak berapa ada selera ni tapi tahap kenyang tak sama dengan nasi. Pasti perut tak senyap gelodaknya. Setakat pembuka selera boleh lah. Tapi semalam asal lapar jer dah diisi dan nampak OK jer bila perut penuh. Harap2 semua angin tak baik dah keluar dan harini mampu berpuasa. Tak sanggup nak ganti berhari2 tu.

No comments: