Thursday, July 18, 2013

Yang Yang Yok

Terpaksa berbuka harini. Pagi2 dah muntah. Mula2 ingat nak bertahan tapi perut dah menggelodak semula. Teruk lah kalau muntah2 sampai petang. 2 hari lepas pun muntah2 tapi dah petang baru start. 3x sebelum berbuka. Lepas berbuka bertahan dalam 3 jam sebelum semuanya terkeluar balik.

Berbuka ni pun setakat makan yang ringan2 macam biskut dan buah. Mual tetap ada cuma tak muntah. Seminggu lebih lagi nak mencecah 3 bulan. Sangat2 berharap lepas tu keadaan bertambah baik. My friend kata, "enjoy your pregnancy". Setakat ni belum dapat nak enjoy lagi.

Tadi my associate company kata client request last minute untuk buat presentation esok. I have to say I can't make it. Pandai2 lah diorang handle. Pagi tadi keluar kejap cari biskut dan buah. Dalam kereta masa nak balik yang termuntah. Berhenti tepi jalan buka pintu kereta. Ini kan pulak nak drive jauh sikit and kena buat presentation pukul 4 petang pulak tu. Tak berdaya dah time tu. Client ni pun bila nak tak menyempat2.

Hopefully perut stabil sampai ker petang nanti. Kalau tak, tak berbaloi berbuka.

No comments: