Friday, August 24, 2012

6 Syawal 1433H

Sekejap saja dah hampir seminggu Syawal berlalu. Dan... diam tak diam dah kali kelima beraya bersama suami tersayang :) Pelbagai kenangan suka duka ditempuhi dalam masa yang dipinjamkan Allah ini. Tahun ini, terasa agak terkejar-kejar beraya.Awal pagi darling hubby dah tak sabar2 nak ke masjid. Memang kali ini pertama kali dapat tempat yang strategik kedudukannya. Tapi panjang lebar pula segala ucapan termasuk ucapan politik sebelum sembahyang raya. Tahun lepas sampai-sampai jer terus angkat tangan untuk takbir. Sampai di  rumah, sesi fotografi seperti biasa. Dalam hiruk-pikuk mengumpulkan keluarga yang besar untuk bergambar, terlupa belum bersalam sesama sendiri. Anak-anak buah jer yang bersalam sebab dapat duit raya :) Raya kali ini panas betul. Jangkaan hujan di pagi raya tidak berlaku. Hanya pada malam raya kedua baru lah hujan. Dapat berkunjung ke beberapa buah rumah saudara-mara hubby. Yang berkunjung ke rumah MIL pun ramai juga. Nak beraya dengan kawan-kawan, kenalah tunggu masing2 balik dari kampung.

Raya ke-empat dah sampai di KL. I don't feel well sebab cuti-cuti Malaysia dah lewat. Ingatkan tak sempat nak solat Aidilfitri. Alhamdulillah diberi kesempatan tahun ini. Sampai2, perkara pertama ialah audit pokok2 yang ditinggalkan. Nampak semua masih OK. Kemudian terus pengsan selepas kepenatan beberapa hari beraya. Hubby lah yang terlebih penat memandu but on the way back I insisted on driving half-way. Sudah lah penat memandu, badan sakit2 sebab malamnya balik pukul 3 pagi main futsal dengan anak2 buah. Lepas diurut, memang lena hubby tidur. The next day I don't feel well. Terasa dada congested and ada lung inflammation. I can feel it. Handphone pula buat hal freeze on boot up screen. Actually dari semalam lagi but too tired to deal with it the day before. Sigh! Decided to do factory reset. Habis lah previous setting, tak dapat nak install macam2 lagi.

My brother came for a visit last night. Talking about our life makes me think of how difficult life has been to all our siblings. Masing2 ada cerita yang tersendiri dan cabaran yang berat untuk membesar dan jadi kami sekarang. Memang kesian dengan kami adik-beradik. Semua menumpang kasih dengan keluarga spouse masing2. Emak dengan emosinya yang tersendiri, abah dengan keluarganya. Raya pertama kami memang bukan dengan mereka. TQ hubby for being there and TQ to hubby's family for being there. Raya kali ini ada siblings hubby yang sebut2 entah dapat beraya dengan mak dan babah atau tidak tahun depan. Kalau mereka tiada, bagaimana agaknya suasana raya. Sementara mereka masih ada, hargailah masa ini.

Hari ini, dada masih tak OK. Berehat jer di rumah. And my handphone freezes again. This time due to SD card problem. After factory reset and SD card format, seems that internal storage masa root the phone last time, masih OK at slightly less than 2GB. Alhamdulillah... ingatkan dah habis virtual memory semua kena reformat. Tapi dah tak kuasa nak download macam2. Haritu banyak download photo editing apps untuk edit gambar raya before it freezes. Below is a photo with hubby, MIL and FIL. Merekalah tempat menumpang kasih.

Dan untuk imbasan tahun2 sebelum ini, related blog entries below. Cuma tahun lepas tiada entry untuk Hari Raya. Terasa rugi pulak bila tidak ada entri sebagai kenangan. Hanya gambar yang ada. Pada tahun 2009 pula, puas dicari gambar tapi tak jumpa. Memang tak sihat sangat pada raya tahun tu. Read the blog entry for more details.

Raya 2011 - no entry
Raya 2010
Raya 2009
Raya 2008

Semoga diberi kesempatan untuk beraya bersama the big family again next year. InsyaAllah AidilAdha nanti pun akan berkumpul lagi. Memang seronok berkumpul beramai-ramai. Walaupun jika dikira my family besar juga, tapi after university life, di rumah cuma dengan emak and my youngest brother. First brother has his own place. Itulah keluarga kami for several years. Sekarang... susah nak cerita. Semoga diberi kesempatan untuk memperbaiki keadaan my family.

No comments: