Kejayaan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Kejayaan yang dimaksudkan termasuklah kejayaan dalam kerjaya, pelajaran dan keluarga. Sebelum ini bila melihat orang lain bercerita pasal kejayaan dan pengorbanan, tak terbayang bagaimana susah untuk mengharunginya. Bila diri sendiri yang melalui, barulah terasa akan kesusahannya. Belum lagi sampai tahap kejayaan... masih dalam proses mengharungi pahit-getirnya.
Bila ini semua sudah berlalu, mungkin aku boleh menoleh ke belakang dan mengenang semua ini sebagai satu lembaran dalam sejarah hidup :)
Aku bukanlah seseorang yang suka mengadu-adu walaupun sekadar untuk meluahkan masalah di dalam hati. Apatah lagi jika ia perkara yang aku rasa sangat sensitif. Lebih baik ditelan saja kerana mungkin ia lebih baik. I'm a very private person. Nukilan ni, sekadar berkongsi setakat yang mampu diadu.
Semenjak-dua menjak ni, terasa nak menulis blog dalam bahasa pulak. Mungkin sebab banyak training pun kena conduct dalam bahasa. Bolehlah berlatih berbahasa ibunda formal pulak. Hmmmm.... apalah pulak yang merapu malam2 ni kan. Bila ada masa nanti, akan dipostkan entry pasal deadline2 yang banyak tu.
No comments:
Post a Comment