Monday, April 25, 2011

Letihnya...

Keletihan betul dalam kelas siang tadi. Letih dengan aktiviti teambuilding lepas belum habis lagi. Sempat tidur sebentar semasa rehat tengahari dalam 15-20 minit. Tadi pun terlena dan terjaga dalam pukul 9:15. Sekarang terkebil-kebil walaupun terasa letih lepas memilih soalan2 untuk presentation. Hampir 3 jam menaip past questions related to training. Ingatkan masa masuk tidur dalam pukul 1 tadi boleh lah terlena, tapi masih lagi tak dpt tidur. Tekak rasa kurang selesa, bahu terasa tegang, perut pula dah berkeroncong malam2 ni. Tadi lepas kelas minum milo cecah biskut. Sesuai betul layan masa hujan. Lepas terjaga tadi lapar juga. Korek peti ais tengok apa yang ada. Panaskan nasi sejuk, ada sayur kacang panjang dan asam rebus minggu lepas. Hentam saja lah asal dapat alas perut. Fikir nak makan apa pun, tak terbuka selera untuk apa2. Makan lah sedikit tadi, nasi + kacang panjang + kuah asam rebus. Ikannya tak selera pula nak dimakan. Kemudian minum teh o panas. Alhamdulillah kenyang. Sekarang dah lapar semula. Sigh! Camana nak diet ni.

Tadi panjang perbincangan dalam kelas untuk tajuk thesis. Walaupun macam kurang relevant dengan current business practice in Malaysia, ia sebenarnya penting untuk context tertentu. Hal yang dibincangkan ialah applicant reaction during interview. Kalau ikutkan lambakan fresh graduate yang kurang kualiti, I don't see the importance of concern on applicant's reaction from organization's perspective. Sorang tak suka, ramai lagi yang ada. Lagipun biasanya fresh graduate terima jer offer kerja if that is the only offer. But, if it is to attract experienced candidates to join the organization, it is very much relevant and worthy of investigation from organization's perspective. So kena explore topic ni dulu and tengok mana yang sesuai dengan current or potential business practices in Malaysia. Kenapa applicant reactions? Sebab supervisor yang nampak sanggup berusaha so we can complete our masters program early minat tajuk ni. Walaupun not related to training which is my interest, relevant jugalah as it involves HR practices.

Hmmm... nak cuba lelapkan mata lagi sekali. Minum madu hopefully will prevent sakit tekak, and tahan lapar sket. Fikir lagi pasal thesis esok dekat library. Terpaksa pergi library weekdays sebab long semester break till Sep, library tutup on Sat-Sun. Not fair for Masters student tapi nak buat camana.
Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments: