Sunday, September 1, 2013

Mission: Open House; Status: Successful

Satu kejayaan bila berjaya ke open house kawan semalam. Open house pertama di KL yang berjaya pergi. Haritu office terbuka, tu pergi dengan colleague. Ada 2 sebenarnya majlis semalam tapi rasa tak mampu nak berkejar ke 2 tempat so kita pilih geng yang memang dah lama tak jumpa. Mula2 nak pergi berdua dengan sorang kawan mak buyung juga. Tapi dia pulak tengah lembik. She's 3 months pregnant.  Jadi pilihan yang ada samada pergi sorang atau tak pergi.

Mula2 ingat nak pergi awal and balik awal tapi Cik Ben said dia sampai dalam 3.30. Dah lama tak jumpa Cik Ben. Selalu busy jer. Lagi pun selalu tengahari badan ni baru ada bateri. Bagus gak. Kul 12 ke kul 1 tu sempat nap lagi sebab semalam tak boleh tidur. Lambat baru lena. After 1 baru bangun, mandi, solat dan bersiap. Sebelum nap dah makan nasi alas perut. Jadi dalam kul 2 baru gerak. Jem nak keluar dari kawasan ni, then hujan, campur sesat bila GPS lost satellite masa lalu bawah flyover... duh! Akhirnya sampai dalam 3.15.

Sempat berbual dengan tuan rumah sekejap before sorang2 kawan2 uni sampai. Macam berjanji2 plak. Best betul dapat jumpa ramai2 serentak. Cik Ben said I 'kurus' hahaha... U make my day my dear :) Tu berkat muka yang paling lambat tembam berbanding dengan bahagian2 badan yang lain hehehe...

Oh sebelum tu sampai2 dah minta tumpang bilik air kat tuan rumah. Bladder full... sebelum keluar rumah dah kosongkan. Cepat full semula. Perut bloated juga semalam tapi time lapar dia tetap lapar. Penuh gak pinggan dengan macam2 hidangan. Kita kayuh slow2 :)

Target kul 5 nak gerak. Terlajak sampai 5.15 gitu. OK ler ngam2 dua jam. Sempat sesi bergambar sebelum balik. Balik lebih cepat sebab ikut NKVE and SKVE. Kawasan taman diorang bila keluar tak boleh patah balik jalan datang. So ikut jer lah mana2 jalan yang familiar. Nak balik tak payah ber GPS bagai. Malam makan roti jer lah dah siang makan macam2.

It's a really nice break after berhari2 memerap di rumah.

No comments: