Friday, December 23, 2016

Sihat vs. Sakit

Bila kita merasai sakit, barulah mengerti nikmat sihat. Alhamdulillah lebih kerap dikurniakan kesihatan berbanding sakit. Bila sihat, gunung mampu didaki, bukit boleh dinaiki, basikal boleh dikayuh dan pantas membuat tugasan harian.

Sekarang ni masih belum sihat 100%. Macam2 benda yang tak mampu dibuat :( Sampai terkenang bagaimana kalau terus2an begini. Perubahan cuaca jer dada dah sempit. Kerap benar semput. Banyak rancangan tahun depan dah diatur. Semoga mampu sihat seperti sediakala. Banyak persediaan fizikal yang perlu dibuat.

Wahai badan, cepatlah sihat. Ya Allah, hilangkan batuk, hilangkan phlegm, hilangkan sakit mata dan macam2 yang buat rasa tak sihat dan tak selesa.

No comments: