Kelakar betul. Bagi ucapan konon2 semoga hati dipenuhi kasih sayang. Tapi hentam orang tak ingat pulak part berkasih sayang tu. Kadang2 orang yang banyak hantar quote motivasi ni, dia sendiri tak ikut.
Susah betul. Kita beri komen negatif kerana ada benda yang tak betul. Yang perlu diperbetulkan. Yang perlu kita cegah kemungkaran sekurang2nya dengan hati yang membenci kemungkaran. Kena hentam tak berfikiran positif pulak.
Sedih betul. Kawan lama, kawan baik... sudah ada jurang kerana nilai2 yang berbeza. Bukan mudah nak berdakwah. Bukan mudah nak strict sikit part2 agama kepada mereka yang dilahirkan Muslim. Yang mengaku dirinya 'conventional' susah nak terima.
Penat betul. Bila ada misunderstanding in communication dalam online group, nak terangkan atau nak defend statement kita.
Sebab tu lah agaknyer berdiam lebih baik. Berbual dan bertanya khabar kawan2 sekali-sekala lebih mudah.
Blog ni memang sesuai untuk melepaskan perasaan kerana ia lebih one-way. Suka hati kita nak cerita apa. Kalau ada komen yang tak best, kita delete and ban jer :)
No comments:
Post a Comment