Friday, November 29, 2013

Doktor Lelaki dan Doktor Pelatih Lelaki

Sesiapa yang pergi ke hospital kerajaan untuk bersalin, kadang2 tidak boleh lari dengan kehadiran doktor lelaki atau pelatih/pelajar Medic lelaki. Di hospital swasta pun walau gynae nya perempuan, mungkin ada attendant/nurse lelaki masa bersalin normal atau ketika pembedahan. Ni nak bagi tips sikit bagaimana nak hadapi situasi begini sebab dengar horror story dari kawan2 yang melawat pasal pengalaman masing2 ketika check up atau bersalin. Pengalaman saya di beberapa hospital tak menakutkan kecuali di emergency room hukm where doctors and nurses takder bedside manners. Kena banned dah dari senarai hospital. Banyak hospital lain yang doktor dan nurse nya lebih bersopan dengan pesakit.

Bedside manners ni contohnya: kalau perlu tanggalkan kain atau underwear, mereka akan bagi kain atau selimut dan tinggalkan kita sekejap. Sebelum check, aurat ditutup terlebih dahulu. Semasa nak cek doktor akan minta izin dulu. Walaupun mereka dah tengok beribu2 patients dan mungkin dah tak hairan tapi kita bukan hari2 tunjuk aurat pada strangers kan. That's why bedside manners ni penting.

Doktor Lelaki:
- Pernah kena untuk scan baby dari bawah tapi mula2 doktor perempuan yang mula kan. Kaki berselimut dan doktor lelaki dipanggil kemudian untuk pengesahan. Beliau mintak izin dulu untuk cek dan teruskan scan.
- Pernah kena masa check up di sini sekali. Dia buat scan dari atas. Bila perlu buat scan bawah beliau panggil doktor perempuan yang buatkan.
- HO lelaki di wad: saya tak perlu check dengan mereka lagi tapi siapa yang menunggu untuk bersalin memang kena buat VE dengan mereka kalau mereka on duty. Ini memang nasib lah. Kalau tak nak, takut bahaya untuk patient pulak kalau tiba2 jalan dah buka and tak sempat ke labour room. Jadi kalau sakit sikit2 tahan lah dulu. Otherwise memang kejap2 kena VE.
- Doktor lelaki di wad bersalin kadang2 tak boleh dielakkan dah memang mereka on duty. Pernah yang masuk sini after delivery cakap semua doktor lelaki jadi tak boleh buat apa. Kalau mereka jer doktor yang ada, dah memang dikira darurat di waktu dan saat itu. Nak bersalin ni setiap saat mendebarkan. Kadang2 tiba2 kena operation sebab heartbeat baby semakin lemah atau detect baby stress.

Pelatih Lelaki:
- Masa gugur dulu, keadaan agak luar biasa so ramai nurses and doctors nak tengok. Ada lah sorang pelatih lelaki juga lingering at the area. I just said to him, "you don't have to be here right? " and he left.
- Masa di wad ni, memang saya layan soalan2 pelajar Medic biar diorang dapat belajar dan boleh berbakti untuk orang lain but no checking whatsoever. Sebelum cerclage procedure ada few students yang datang and minta izin nak tengok. I said OK but not the male student.
- Masa bersalin pun boleh minta pelatih lelaki untuk keluar sebab mereka bukan doktor dan tiada apa2 kepentingan di situ kecuali untuk observe. Ada yang beritahu masa nak bersalin doktor yang bawa dan cakap "takper yer, mereka nak belajar". Anda masih ada hak untuk kata tidak boleh. Mereka boleh belajar dengan patients non-muslim.

So know your rights. Kat sini ada ditampalkan hak2 pesakit. Kalau di hospital anda takder, boleh cuba tanya dan minta. Kalau tak diberikan pun, anda masih ada hak yang sama. So pandai2 lah bersuara bila rasa perlu. Rajin2 buka mulut untuk bertanya procedure apa yang akan dibuat dan kenapa perlu dibuat. They have the obligation to explain to patients setiap procedure yang perlu dibuat. Sebagai patients pun kena lah berhemah. Doktor dan nurse tu ada ramai patients lain. Mereka pun penat. Bukan nak layan kita jer.

No comments: