Tuesday, October 11, 2016

Life's Investment

Sekali-sekala kita bercakap pasal akhirat. Ada masa kita bercakap pasal dunia pulak.

Matlamat dalam kehidupan sangat bergantung dengan pelaburan yang kita buat.

Sekiranya matlamat yang kita mahu ialah kesihatan, pelaburan yang kita kena buat ialah menjaga kesihatan. Walau bagaimanapun kadang2 datang juga ujian kesihatan seperti terkena jangkitan2 virus yang ada macam2 sekarang ni. Tapi sekurang2nya kita jelas bahawa kita dah berusaha menjaga kesihatan. Ujian datang kerana Allah sayang. Nak bagi lebih pahala. Ujian datang kerana Allah mahu manusia belajar dan memperbaiki ilmu sains dan ilmu perubatan yang sedia ada. Redhalah... usaha lah lagi cari penawarnya. Carilah perkara yang positif dalam ujian Allah. Jangan buruk sangka dengan ujianNya kerana kita tak mampu bersyukur dengan nikmatNya.

Sekiranya matlamat yang kita mahu ialah kasih-sayang keluarga, cinta yang berterusan antara suami dan isteri, pelaburan yang kita perlu buat ialah luangkan masa dan tenaga untuk mengukuhkan hubungan. Wang ringgit sahaja tak cukup untuk capai matlamat. Walaupun ramai ketua keluarga yang perlu bekerja kuat sampai tiada masa untuk keluarga, tindakan2 yang ditunjukkan dengan masa yang sedikit dan masa ketiadaan secara fizikal, boleh juga menunjukkan sayang. Walaupun kehidupan sukar, sekiranya dekat dengan Allah, insyaAllah dipermudahkan segala urusan. Ada yang fizikalnya ada tapi hatinya jauh. Ada yang fizikalnya jauh tapi hatinya dekat.

Pokok pangkalnya ialah apakah pelaburan kita sekarang?

Sekiranya pelaburan masa di media sosial dengan rakan2 sampai lupa keluarga, jalan2 cari makan sahaja, menge-teh dengan kawan2 sahaja, kemaruk bercinta sana-sini, dan macam2 penyakit lagi yang ada di dunia sekarang ni, janganlah menyesal dengan hasil tuaian di kemudian hari.

Semoga kita sentiasa melabur ke arah matlamat yang kita mahukan. Tepuk dada tanya selera.

Saya mahu cinta yang berterusan dengan suami, kasih-sayang dengan keluarga terdekat, my sis dan anakanda berlima, kesihatan dan kecergasan sampai ke hari tua, dan semoga asthma dan resdung saya dapat sembuh atau dikawal agar tidak mengganggu urusan kehidupan, kerja yang bermanfaat untuk orang lain dan hubungan baik dengan jiran2. Semoga Allah permudahkan jalan saya untuk melakukan pelaburan yang betul untuk mencapai matlamat kehidupan.

Entri ni terdetik di hati kerana baru2 ni dapat berita keadaan cikgu kami di sekolah dulu. Dia dah lama pencen dan masih belum berkahwin. Sepanjang usianya dihabiskan untuk mengajar kami dan anak2 bangsa. Dia tak mengajar saya. Tapi dia salah seorang warden kami di asrama. Masih ada ex-student i.e. kakak2 alumni kami yang selalu singgah dan bertanya khabar beliau. Bertuahnya badan cikgu, anak murid yang dah berkeluarga sampai dah bercucu pun masih ingatkan cikgu, masih kenang jasa cikgu dan ambil berat keadaannya sebagaimana dia menjaga anak2 muridnya dulu. Besar sungguh kasih-sayang Allah. Walaupun single tapi tak sunyi. Sedangkan ada ibu bapa yang sunyi menanti kepulangan anak2. Jadi jangan lupakan hal pelaburan tu.

No comments: