Diri ini dah teramat maklum bahawa kebahagiaan hakiki terletak dalam hati... ia datang dari Allah s.w.t. Carilah keredhaanNya, dapatkan lah keampunan dari Nya, rinduilah syurga yang dijanjikan Nya. Di situlah terletak bahagia. Ada terbaca kata2 yang menyebut dunia ini umpama penjara untuk orang Mukmin, sedangkan umpama syurga buat orang2 kafir. Ramai yang amat bersenang-lenang dengan dunia. Duit bertingkat2, kuasa disalah guna, harta tak pernah cukup. Tapi bila difikirkan diri sendiri, terasa ada kesenangan dengan cara yang tersendiri. Kebahagiaan yang Alhamdulillah dapat dikecapi. Masalah yang ada, tak sebesar masalah Muslim2 yang dizalimi di seluruh dunia.
Kadang2 takut sendiri. Bilakah dugaan besar itu akan melanda. Bukankan dunia ini tempat menerima dugaan. Adakah di balik sana masalah besar sedang menanti? Adakah kita di kalangan yang dilupakan Allah atau paling hina, dimurkai Allah? Nauzubillah min zaalik. Tapi kehidupan ini tempat kita diuji. Adakah kita bersyukur dengan apa yang ada? Adakah kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah? Adakah kita leka dan alpa dengan dunia dan emosi sendiri?
Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan ia berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran. Kena tingkatkan iman, tingkatkan amal soleh. Baru lah tak menyesal di saat nyawa dah sampai kerongkong. Ada tulisan2 yang menceritakan perkara yang dikesali oleh orang2 yang dah terlantar menunggu masa dijemput Ilahi. Katanya perkara yang dikesali ialah tak buat perkara2 yang mereka impikan. Mengelilingi dunia ker, menyatakan cinta ker, follow their passion and things like that. Tapi... kesedaran hakiki sebenarnya ialah bila kita sedar tak beribadat dengan cukup pada Allah. Tiada zikir, tiada bacaan Al-Quran, tidak solat dan puasa sunat, tidak menghadiri majlis2 ilmu di surau dan masjid. Renung2kan lah.
No comments:
Post a Comment