Thursday, March 31, 2011

Patience and Silence

Tengah cuba bersabar. Hidup ini ada turun naiknya. And why do you have to be patient? Because... people have different expectations and limitations. Ada masa kita free and lepak and has got nothing to do so we treasure that free time by doing things we like doing. Ada orang pulak, bila free, cari benda2 untuk dibuat sama ada untuk diri sendiri atau turut libatkan orang lain. Ada masa pulak kita sibuk dan orang nampak kita sibuk. Ada masa, minda kita yang sibuk dan orang tak nampak minda kita sibuk. Ada masa kita nak orang memahami apa yang kita nak. Ada masa orang pula nak kita memahami apa yang dia nak. Itu kan adat dalam kehidupan. Knowing and doing is two different thing. Kita tahu ni semua perkara biasa. No big deal! Tapi kadang-kadang memang susah nak bersabar despite what we know.

Kadang-kadang kita tak perlu kan pun kata-kata penghargaan. Tapi janganlah pula bila kita dah buat yang terbaik setakat yang kita mampu, diberi pula kritikan atau kutukan. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata sesuatu yang menyakitkan. Kita tahu ni kan? Sebab kita pun tak suka bila diberi kritikan atau kutukan bila dah buat yang terbaik setakat yang kita mampu. Tetapi, biasalah. Kan namanya pun manusia. Kadang2 lupa bila kita pula yang menyakitkan hati orang, berkata sesedap rasa tanpa berfikir panjang. Itulah adat bila berhadapan dengan manusia. Mungkin lebih mudah untuk kata lantaklah it is no big deal sebab kita pun pernah buat silap tapi bila hati dah terguris, susah juga kadang2 nak bersabar.

Hmmm.... apalah pula hal yang membebel tak tentu pasal ni? Mungkin sebab stress nak periksa hujung minggu ni dan belum sempat nak study. Terasa seperti ingin berkata-kata lagi, tapi sementara masih ingat kata-kata sendiri iaitu lebih baik diam kalau tiada perkara2 yang baik untuk diperkatakan, maka lebih baiklah kita diam. Syyyy.....

No comments: