Berakhirlah kursus yang sangat mencabar minggu ini. Not because I'm not the subject matter expert, but because my participants are not the target audience. Setakat nak fulfill KPI sebab dah almost half year, ramai yang training attendance masih kosong. Maka trainer nyer lah yang menjadi mangsa bila dapat participants yang tak berminat dengan topik dan tak tahu menahu langsung tentang subjeknya.
1. cabaran trainer nak pastikan peserta stay dalam kelas dengan penyampaian yang menarik
2. cabaran trainer dengan peserta yang tetap keluar masuk dengan panggilan2 urgent dari bos
3. cabaran trainer agar peserta faham bila sampai bahagian yang lebih mendalam dan sedikit teknikal
4. cabaran trainer dengan muka-muka blur dan ada aku kisah
5. cabaran menunggu 2 jam hari pertama kerana ada meeting mengejut sebelah pagi.
6. cabaran trainer nak kejar masa kerana jadual mereka tamat pukul 3 hari terakhir dan ada yang dah beli tiket balik, sedangkan jadual asal 4.30
7. cabaran tidak pernah ada kumpulan yang cukup ahlinya selepas break atau lunch (1st ever experience)
Bukankah tax payers money ni limited resources. Kenapa lah dibelanjakan ke training2 yang tidak sesuai dengan target audience nyer. Tiap2 tahun bajet training habis, kenapa lah tiada succession planning sehinggakan kadang2 sesetengah jawatan terbiar kosong berbulan2 kerana tiada yang difikirkan sesuai? Tempat yang dibuat training harini pun tiada pengarah dah berbulan-bulan. Walaupun training2 menghabiskan bajet bagus untuk periuk nasi trainer, tapi bila audience tak berminat kerana bukan bidang tugas mereka, dan banyak lagi tugasan hakiki lain yang menunggu, trainer kah yang silap tak cukup kelakar, tak cukup video2 menarik, tak cukup cerita2 yang bagus?
Kalau ikutkan hati nak jer kata I'm NOT here to entertain you. I have something to share and if you want to learn, you find ways to learn. Tapi, realiti nyer kadang2 kena ikut rentak juga dah kita yang terima job tu. But I sincerely didn't know that ALL my audience will not be those who are with the skill and knowledge gap that I'm supposed to address. Memang akan lebih stress and penat when faced with this kind of audience walaupun secara keseluruhannya yang ada dalam kelas tu very obedient, participate in the activities and presentation and very very polite. Kalau train the right audience, I'll feel happy and energized. The feelings, participation, feedback and energy is different. The participants show appreciative face with the knowledge and skills they learnt. That makes this the best job one can ever have. Not today though. Sigh!
Enoughlah membebel Madame Trainer yer. *unwind mode*
No comments:
Post a Comment