"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri." (Al-Anbiyaa' 21:87)
Do'a ini terkenal dengan mereka yang hendak memohon sesuatu, kerana di dalam Al-Quran ada diceritakan kisah Nabi Yunus a.s yang membaca do'a ini untuk keluar dari perut ikan dan akhirnya berjaya. Yang tidak disebut ialah berapa lama Nabi Yunus a.s berada di dalam perut ikan. Ada perawi yang berkata 3, ada pula 7 dan ada juga yang berkata 40 hari. Pengajarannya ialah kalau berdo'a, tidak semestinya Allah kabulkan dengan segera. Apatah lagi kalau tidak berdo'a. Do'a itu ialah versi Islam untuk apa yang disebut sebagai "law of attraction".
Hati tersentuh bila membaca do'a ini kerana makna Inni kuntu minaz zaalimin. Kita lah yang menzalimi diri sendiri. Bila difikirkan betul juga. Apa yang kita minta2 dan harapkan untuk kesenangan dunia ini, dan kesedihan bila kita tidak berjaya mendapatkannya, hanya lah menzalimi diri sendiri kerana banyak sungguh janji Allah untuk kebahagiaan di akhirat. Kenapa lah kita tidak lebih berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat?
Teringat kisah ketika Rasulullah memenangi peperangan dan membahagi2kan harta rampasan perang. Ada sahabat yang bertanya kenapa dibahagikan kepada sesetengah pihak dan tidak pada yang lain. Golongan yang menerima harta ialah...
- Golongan yg diberi harta rampasan supaya hati mereka cenderung untuk masuk Islam. Berimannya mereka ini akan memberikan banyak kebaikan kepada Islam dan seluruh muslimin.
- Golongan yg diberi harta rampasan supaya kuatnya iman dan Islam mereka.
- Golongan yg diberi harta rampasan untuk mengindar kejahatan yg datang dari mereka.
Dari kisah ini dah terbukti mereka yang lebih kuat imannya tidak sayangkan harta dunia, malah tidak pun memerlukan. Yang tidak kuat imannya, diberikan harta agar bertambah kuat iman. Bila diberi rezeki, mereka ini (dan saya juga) amat2 bersyukur dengan rezeki dariNya. Bila tiada, terasa susahnya hidup ini.
Kenapa panjang lebar tazkirah pagi ini? Kerana terasa diri masih tidak kuat iman. Masih mencari ketenangan dan kegembiraan dengan kebendaan. Masih terasa bila lah dapat peluang nak jalan2 cari langsir baru, nak beli lukisan yang cantik warnanya agar bangkit keceriaan di dalam rumah, nak beli itu... nak beli ini... Kadang-kadang diberi dugaan yang sedikit dah terasa berat dan tak mampu hadapi. Sigh! *geleng kepala pada diri sendiri*
Haritu terfikir rajinnya habis duit beratus ringgit buat photobook. Kalau dah tiada di dunia, siapa pula nak warisi kerana masih belum dikurniakan rezeki anak lagi. My darling boys? Budak2 lelaki ni macam tak kisah sangat dengan benda2 macam ni kan. Bukannya selalu berjumpa pun jadi kemesraan dan ingatan tidak sama berbanding dengan duduk serumah. No obligation pun on them untuk ingat2kan Mak Sue mereka ni. Alangkan ibu yang membesarkan belum tentu dapat ingatan dari anak2. Kalau tidak, tidaklah ramai ibubapa yang merintih anak2 tidak balik beraya, jarang2 balik menjenguk dan ada yang tidak balik langsung. Having said that, semoga anak2 kami menjadi anak2 yang baik. Tadi masa menyiram pokok, terpandang spot baby bersemadi. "Salam baby, ummi belum dapat adik lagi". Dah lebih setahun, masih belum ada rezeki lagi nampaknya.
Semua itu tak penting pun bila di alam barzakh, album siapa dapat, suami cari pengganti ke tidak (ada yang kata nak cari muda lagi?), dan harta2 yang ditinggalkan di dunia. Pada masa dan ketika itu, hadapi lah ketentuan dariNya berdasarkan betapa banyak dosa dan pahala kita. Do'a anak2 penting, tapi kalau tiada anak, kita sedekahlah lebih2 sikit sementara ada sebab itulah sahaja pelaburan di sana nanti.
No comments:
Post a Comment