Masa tu my weight is hovering around 69-70kg. Masa pregnant dulu berat around 67kg. Pre-pregnancy weight around 65kg. Logiknya lepas berpantang tu patut turun balik. Memang berjaya turun tapi macam cepat jer naik ke 67kg semula. Lepas tu makin bertambah ada lah. Habis pantang around March, sampai November lebih kurang 10 bulan untuk naik 4-5kg tu.
Kain2 baju kurung dah mula sempit as in kain lipat, tindihnya kembang dan nampak terbukak. Sama juga dengan kain susun kipas. Blouse2 pun banyak yang dah tak cantik bila pakai. Sendat semacam jer.
Ada 2 pilihan i.e. beli baju baru atau turunkan berat. Pilihan yang dibuat ialah turunkan berat. Lagipun nak jaga kesihatan. Tak nak lah dah tua2 nanti kena ambil ubat berbeg2 mcm yang boleh nampak kat farmasi hospital.
So jaga makan. Nasi sekali sehari. Portion pun kurang. Tapi masa ni masih berdiet tanpa ilmu. Then start pakai Noom Coach, boleh kira kalori. Target dalam app tu 1200 kalori sehari. Kdg2 terbabas. Kdg2 OK. Also target to have more green food.
Around December baru start walking sbb nak pergi Kathmandu. Bukan senang nak turun berat. Berapa minggu bila timbang around 69-68 kg. Then few weeks lagi weight range bertukar ke 67-68kg pulak. Kena tunggu berminggu2 jugak lagi baru turun ke 66-67kg range. Alhamdulillah dah masuk 5 bulan ni sekarang weight range dah 65kg. Sekarang dah jarang walking. Mentang2 lah dah balik dari Kathmandu. Setakat aktiviti hiking masa weekend tu dan kerja2 rumah.
Masih jaga makan dan masih kira kalori. Kadang2 terpaksa consider cheat day tapi alhamdulillah tidak lah berat naik mencanak kalau setakat cheat 1-2 hari masa holiday atau balik kampung atau training. Lepas tu teruskan balik makan secara sihat. By now dah tambah ilmu lagi. Dah tau DCR dan BMR. Dah adjust keperluan kalori sehari jadi around 1400. Lebih realistic untuk tahap berat dan keperluan seharian. Tak lah asyik stress terlebih kalori jer.
I choose to reduce weight over longer term so tak perlu cut keperluan kalori drastik sangat. Nak naik pun amik masa lama. So sabar lah masa nak turun kan tu. Yang penting I'm aware of what food goes into my body. Masih nak turun kan berat to lower number of the normal BMI range. Kalau at higher range nanti senang jer termasuk ker overweight BMI. Waist-hip ratio pun still need improvement. Banyak point lagi kena turunkan tu. So diet and exercise continues ...
No comments:
Post a Comment