Sebenarnya terasa seperti nak sound orang. Seperti tiada budi bahasa. Tapi berkira2 tentang hubungan baik jangka panjang. Dan bila difikirkan semula, kalau saya sound dia maka samalah macam dia sound saya dulu. Dah jadi adat kalau menuding jari pada orang, 3 jari lagi menuding ke diri sendiri. Ada yang kata 4 jari tapi rasanya kalau tak cacat, 3 jer. Cer buat gaya tuding jari. Takkan ibu jari terpusing ke belakang pulak hahaha... Jadi sebelum saya sound orang, baiklah saya jadikan teguran ini peringatan untuk diri sendiri. Bukan mudah untuk kita melalui perkara yang tidak disukai. Kepada Allah lah tempat mengadu. Semoga kebesaran Allah dengan janji ganjaran syurga ke atas manusia yang sabar dapat meredakan amarah dihati dan digantikan dengan harapan agar perkara yang baik menanti kita di akhirat nanti.
Bila kita nak menegur perbuatan orang, fikirlah dulu adakah diri kita ini sempurna. Fikirlah dulu apakah perlu teguran itu untuk kita dapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Fikirlah dulu apakah perkara itu berlaku sekali-sekala yang jika kita sabar lebih dapat menjaga perhubungan jangka panjang atau kerap sangat hingga takut kita tak mampu nak jaga hubungan baik jangka panjang.
Mungkin orang yang nak ditegur, dah lama berjuang hati memohon sabar dari Ilahi dek perbuatan kita yang tak sempurna tu. Mungkin orang yang nak ditegur, dah lama menahan lidah dari berkata2 demi menjaga perhubungan sesama manusia. Mungkin orang yang nak ditegur, dah lama berdoa agar ketidakpuasan hati, ketidaksempurnaan keadaan di atas dunia ini, diberi berlipat ganda kebaikan dan kesempurnaan di Jannah Nya nanti.
Fikirlah dulu apakah kita pun tidak mahu diberi balasan kebaikan dan kesempurnaan di Jannah Nya dek atas kesabaran kita dengan ketidakpuasan hati dan ketidaksempurnaan keadaan yang berlaku sekarang pada diri kita?
Tidak mahu kah kita berdoa, "Ya Allah, susahnya hati ku dengan keadaan ini. Ya Allah, sukarnya aku nak melalui situasi ini. Ya Allah, kau kurniakan lah kesabaran buat ku. Kau sediakanlah kebaikan di syurgaMu nanti sebagai ganjaran untuk kesabaran ku ini demi Mu Ya Allah. Ampunilah dosa kami semua. Dekatkan lah hati2 kami agar dapat menjaga hubungan sesama manusia dan menjadi umat Mu yang baik dan beriman. Amiinnn Ya Rabbal Aalamiinn..."
Fikirlah dulu sebelum membuat teguran.
No comments:
Post a Comment