Setiap langkah menuju ke masjid, macam2 bermain di fikiran. Hajat hati nak ke masjid lain kerana masjid ni nanti Pak Menteri berucap tak reti2 nak berhenti. Lepas tu solat raya sikit punya laju (berdasarkan pengalaman tahun lepas). Di masjid lagi satu, ingat nak ziarah pusara anakanda. Tapi hujan rintik2 pagi, ditambah dengan kelewatan menyediakan hidangan mengikut kehendak MIL, makan kurma 3 biji jer dan minum air. Maka masjid yang sama jadi pilihan. Kaki melangkah seorang diri tahun ni. Kenapa jadi seorang diri kali ni hanya Allah yang tahu.
Semasa duduk menunggu, terkenangkan ada yang tidak suka hari raya kerana serba tiada. Tiada mak ayah, tiada suami / isteri, kehilangan anak atau adik beradik, orang tersayang berada di hospital, tiada persiapan raya kerana hendak makan ala kadar pun belum tentu ada, dan pelbagai kesukaran lain. Walaupun hari2 biasa pun begitu... tapi hari raya akan buat kesedihan mereka bertambah, lebih terasa ketiadaan keluarga, kekurangan kehidupan, ketika orang lain baju raya berpasang2, lauk-pauk penuh meja, tetamu datang tak putus2, berjalan raya ke sana ke mari. Yang serba tiada hanya memandang dari jauh. Aku dan adik-beradik pernah berada dalam situasi tu. Mak sentiasa pastikan anak2 dia ada makanan raya dan baju raya. Sungguh bertuah berbanding orang lain yang lebih susah. Tapi bila jadi orang susah, sedara-mara tak berapa nak ada.
Syukur alhamdulillah keadaan dah banyak berubah. Tapi kadang2 ada kesukaran yang tak terungkap dengan kata2. Hanya hati mampu berbicara dengan Allah. Kita cuba buat yang terbaik dengan niat yang baik pun kadang2 ada yang bermasalah dengan kita. Kita tak buat apa2, tak pernah ganggu urusan orang pun kadang2 ada juga yang bermasalah dengan kita. Nak refleksi diri pun cuma ada tanda tanya jer. Teruskan lah kehidupan dengan cara yang terbaik untuk diri sendiri.
Dalam mencari kekuatan diri, Pak Menteri pun tak berucap panjang sangat kali ni. Mungkin sedar diri kesilapan tahun lepas. Solat pun agak teratur cuma Pak Imam tak minta jemaah rapatkan saf. Dari tingkat atas nampak lompong2 yang banyak di bawah. Dan hujan makin lebat ketika selesai solat. Mujur ada standby payung. Lagi sekali kaki melangkah keseorangan... dalam ramai nya manusia. Macam kat padang mahsyar, sorang2 dlm lautan manusia. Cuma kali ni dengan fesyen pelbagai, gelak-tawa, selfie-wefie.
Kehidupan tidak sentiasa di atas dan tidak juga sentiasa di bawah. Ingatlah untuk berbuat baik jer. Tak kira apa keadaan, baik atau buruk, kalau mendekatkan kita dengan Allah, baik lah akhirnya.

No comments:
Post a Comment