Sunday, July 3, 2016

Hujung Ramadhan 2016

Dah hampir sampai ke penghujung Ramadhan. Baru sampai Juz 25. Tak laju macam tahun lepas. Kali ni sambil2 dengar penerangan surah Al-Baqarah secara online dari Ustaz Nouman Ali Khan. MasyaAllah... banyak ilmu yang dapat. Terasa pentingnya tahu bahasa Arab secara mendalam kerana ketika diterangkan maksud sesetengah perkataan tu, baru kita tahu kadang2 translation tak cukup menepati maksud yang sebenar. Sekadar memahami terjemahan ayat, belum tentu kita dapat tahu makna tersirat tanpa ilmu. Sebab tu lah sekarang ramai ustaz dan ustazah fb yang berhujah dengan ayat Al-Quran tapi kadang2 pemahaman mereka tak tepat.

Kali ni sesi spring cleaning berjalan dengan baik. Walaupun slow2 tapi banyak juga barang yang dah di clear kan. Tutup mata jer kadang2 masa buat tu sebab kalau fikir banyak2 tak jadi buang atau donate. Terasa lapang bila nampak rumah kemas.

Kali ni banyak kali juga ke pasar Ramadhan. Takder idea nak masak bila hubby tak nak makan pedas2. Lagi pun ramai peniaga kat situ yang dah kenal sebab pernah beli sebelum ni ataupun yang ada testimoni bagus dari jiran2. Bersyukur dapat beli pada harga yang berpatutan dan puas hati makan. Bayangkan daging salai masak lemak cili api boleh makan dua orang RM5 jer. Nasi Arab yang sedap RM8.50 jer. Semoga diorang murah rezeki dan perniagaan makin maju.

Pasal berat pulak :) inilah berat di hujung2 Ramadhan kali ni.


Ini entri tahun lepas pasal berat di hujung2 Ramadhan. Ada sedikit perubahan pada nombornya Alhamdulillah :)
http://s-u-e.blogspot.my/2015/07/salam-aidilfitri-2015.html?m=1

Kali ni juga ada dugaan kesihatan dah saat penghujung ni. Sakit gigi pulak. Surgeri geraham bongsu yang ditangguhkan sebelum ni sebab tak sakit, dah mula berdenyut2 sejak 2 malam lepas. Malam2 kemam bunga cengkih. Alhamdulillah masa sahur dah tak berdenyut. Bila sakit masa siang hari, kumur2 air garam. Kalau sakit sangat, bawak tidur jer. Begitu lah diharapkan dapat bertahan sampai lepas raya baru nak gi dentist. Ada satu lagi permasalahan kesihatan juga. Sigh! Semoga diberikan kesembuhan segera. Juga semoga dapat menghapuskan dosa2.

Malam ni nak packing. Hubby dah balik dulu. Diri ini menyusul kemudian. Semoga sambutan Syawal kali ini membawa seribu makna dan kebaikan pada kita semua.

No comments: