Sunday, July 10, 2016

Syawal Reflections

The making of happening Raya pics...

Disebalik kemeriahan gambar2 raya, macam2 pancaroba di sebalik sesebuah gambar sebenarnya. Anak2 yang cranky tak nak bergambar, dapur belum kemas atau hidangan belum terhidang, yang merajuk, yang muncung dan macam2 lagi. Tapi satu kejayaan hari raya ialah mendapat gambar yang meriah. Takper lah kan. Semoga yang baik2 jer tinggal dalam kenangan.

Nyah lah kau setan. Jangan menghasut orang masuk neraka macam kau. Maklumlah dah habis Ramadhan, kan setan dah tak diikat. Bermula lah bisikan2 liar. Tapi Ramadhan juga mengajar kita bahawa kadang2 perasaan negatif tu datang dari diri sendiri. Ada yang kata setan dah berjaya didik kita selama 11 bulan. Di bulan Ramadhan pun kadang2 terkeluar perangai setan. Atau mungkin memang ada naluri manusia begitu.

Yang pasti, it really is a struggle nak jadi orang baik2. Lagi2 bila berdepan dengan manusia perangai setan yang kehadiran nyer menyusahkan orang sekeliling jer. All curse words rasa nak terlepas dari mulut ni. Walaupun kita doakan hidup dia bahagia supaya tak menyusahkan hidup orang lain tapi Allah masih tetapkan dia menjadi ujian pada orang sekeliling. Rasa nak tenyeh muka dia dengan cili pun ada. Celaka betul. Apa lah rasa agaknya bila matlamat hidup diri tu menyusahkan orang. Ok.... tarik nafas.... lupakan lah orang macam tu. Tak berbaloi nak dijadikan 'sore point' dalam hidup. Asyik nak membabi kan dia jer nanti. Kesian babi tak bersalah. Dah memang letak dia dalam category gone case. Tapi naik bengang... tak pasal2 nak membahasakan orang macam dia jer yang ada mulut. Dah memang dia mulut puaka, orang malas nak layan. Kalau sorang kata kau jahat mungkin orang yang berkata2 tu yang jahat. Tapi kalau 10 orang kata kau jahat, cermin lah diri tu.

And then nak bercerita pasal 'including' and 'excluding'. Ada orang yang nature nya 'including'. Bila ada sesiapa pun dalam lingkungan dia, dia akan cuba 'include' orang tersebut dalam circle dia, buat orang tu feel welcome or at ease in the group. At the opposite ialah 'excluding' nature. I fall under this category. I'm not friendly towards strangers. Biasanya akan pandang dan lihat dulu sebelum mesra. Orang akan kata kita sombong sebelum kenal. Tapi ada masanya I have to consciously jadi 'including' especially at work kan. Kena lah make every one feels welcome. Ada pulak orang... yang consciously jadi 'excluding'. Yer lah kalau biasanya dia 'include' kita tapi for whatever reason nak exclude. Mungkin dia rasa seronok dengan diri sendiri kerana boleh choose to exclude orang dari join circle dia. Nasib lah kan. Hanya Allah yang tahu niat seseorang tu. Itu jer yang dia boleh buat untuk dapat secebis kebahagiaan. Entah apa struggle emosi yang dia kena lalui pulak. The power of choice is we can also choose to disregard bila ada orang yang excluding either intentionally or unintentionally. Hati kena kental sikit. Memang dah biasa pun kena jadi hati kental ni. Apa lah sangat bila orang cuba mencari kebahagiaan dia sendiri dengan cara 'exclude' kita. We just observe and acknowledge such behavior is happening and move on with our life. Yang sebenarnya, cari lah kebahagiaan dan ketenangan dengan cara yang betul. Bila kamu bertiga, dan 2 orang berbisik pun dah jadi berdosa kerana boleh membuatkan yang sorang lagi terasa (ini hadith)... jadi fikirlah sendiri bila consciously 'excluding' people untuk rasa bagus, berapa sangat kebahagiaan yang boleh kau dapat.

Apa2 yang kurang di dunia ni, kita harapkan yang lebih baik di akhirat nanti... di syurgaNya. Walaupun sedar selagi ada rasa nak memaki orang, belum sampai tahap ahli syurga lagi. Tapi hamba Allah yang hina ini sekadar manusia yang cuba buat apa yang dia mampu untuk mencari syurganya di akhirat nanti. Semoga setiap kesabaran ni ada ganjarannya. Ada masa boleh hilang sabar juga. Selama ni terasa diri ni dah cukup sabar. Mungkin Allah nak tunjuk jangan rasa bagus sangat sebab bila boleh hilang sabar, maknanya belum lah cukup sabar lagi. Cuba lagi yer untuk tingkatkan tahap kesabaran. Ingatkan lah balasan syurga di akhirat nanti. The best revenge untuk orang2 yang tak sukakan kita ialah mencari keredhaan Allah kerana itu yang lebih penting. Kena bersihkan hati dengan clorox sampai tak rasa apa2 dengan orang yang cari pasal dengan kita. Baru ler layak jadi ahli syurga agaknya. A tall order. Tapi demi menjaga syurga sendiri... semoga Allah beri kekuatan.


Ada pulak kita lihat orang2 yang macam tak ingat hari akhirat jer. Tapi.... sayangnya pada binatang, atau baiknya pada orang... sangat2 menginsafkan kerana mungkin syurga untuk mereka kerana doa binatang atau orang yang ditolong. Sedangkan yang perasan baik atau alim mungkin ke neraka dek sombong dengan 'kebaikan' diri sendiri. Nauzubillahi min zalik. Semoga kita tergolong dalam kumpulan ahli syurga dan dijauhkan dari perasaan sombong.

Pasal anak2 pulak... anak2 ni kadang2 buat sesuatu yang boleh menguji perasaan mak ayah tanpa diorang sedar. Tapi ada juga masa2 nya diorang juga buat sesuatu yang sangat2 sweet dan menceriakan hati mak ayah tanpa diorang sedar. Anakanda2 ni dah ceriakan hati ummi with little things. They don't realize it... they're just being their sweet self. Yer lah kan... bila tak menguji hati dan perasaan ummi... memang lah sweet :) Memang kita tiada rezeki anak sendiri di atas dunia ni tapi ada rezeki dari sudut lain insyaAllah. Dapat juga menumpang kasih dengan anak2 anugerah Allah. Pertalian yang tak terputus kerana tertulis di Luh Mahfuz begitu. Dan juga anak2 yang menanti di sana. Dah tua2 nanti (eh sekarang belum tua ker? hehehe...) yang ada anak akan dikelilingi anak2 dan cucu2 while I'll be alone mungkin melayan rakan2 sebaya yang adventurous di usia tua kalau diberi kesihatan yang baik. Atau mungkin tak sampai pun hidup ni ke usia tua. Atau pun anakanda2 semua ingat juga nak menjenguk ummi sekali-sekala. Hanya Allah yang tahu.

Bukan semuanya pahit kan. Ada banyak juga yang manis. Kita fokuskan pada yang manis. Tapi nak luahkan perasaan yang tak manis kat sini. Lepas ni biarlah semua yang tak manis tinggal dalam catatan di alam maya.

All the above thoughts... while melayan sakit gigi. 1st raya dah diberi kesempatan makan. Malam tu the pain comes with a vengeance. Berdenyut2. Menahan sakit sampai tertidur. Kemudian terjaga kul 2.30 pagi dah tak boleh tidur pulak. Sakit lagi. Terlayang2 sekejap jer sebelum subuh. Dan masih berterusan berdenyut on and off. Adooiii... Kena buat surgery buang geraham bongsu yang tumbuh horizontal ni. Mencari masa yang sesuai jer.

No comments: