Sunday, May 19, 2019

Dungu Atau Buat2 Dungu


Zaman2 tak berapa pandai dulu, pernah lah suka orang. Kalau dah suka, apa benda yang dia buat pun boleh jadi bahan perasan. Kalau dah bagi bunga dengan surat lagi lah kan. Sooo... pathetic.

Tapi nak salahkan diri zaman dulu pun tak boleh 100% kerana persekitaran memang begitu. Drama tunjuk begitu... pandang2 jeling2 lepas tu bercinta. Ada drama endingnya setakat declare cinta jer pun. Belum tentu lagi si lelaki cukup kuat nak jumpa mak bapak sendiri suruh pinangkan anak orang. Tapi masa tu belum rasional sangat macam sekarang. Pergaulan pun dengan orang sebaya. Masing2 ada masalah yang lebih kurang sama. Belum terdedah dengan masalah2 kehidupan.

Lepas dah break up, makin lama makin matang. Makin lama berjumpa dengan macam2 kisah kehidupan. Lelaki2 tak bertanggungjawab macam2 kisah. Zaman ni, zaman suspicious dengan lelaki. Semua tak boleh harap. Hidup sorang lagi baik. Till I met my husband of course. Tu pun berliku gak kisahnya. Dah rasional gak masa tu. Nak serious buat cara nak serious. Take necessary steps. But that's another story lah.

Sekarang nak stick to point from my first paragraph. Zaman sekarang ni kisah emosi anak2 remaja berkisar dengan social media pulak. Dapat like, dapat love, dapat komen. Kalau jenis takder perasaan OK jer. Tapi kalau hati dah suka, tu semua buat perasan dan hati berbunga2. Tak perlu nak beza sangat lah zaman dulu dengan sekarang. Emosi manusia tu sama jer dari azali. Tools jer berbeza.

Kita tak nak lah anak2 tersilap langkah. Anak2 lelaki semua. Jangan buat kat anak dara orang camtu. Kena bertanggungjawab sikit. Mainkan hati dengan perasaan orang tu untuk saja suka2, berdosa. Bukan untuk anak bujang jer. Datuk yang dah bercucu pun kena ingat sama. Perempuan dah tua bangka pun kalau dah dilamun perasaan mengalahkan remaja jugak. Jangan jadi dungu sangat atau buat2 dungu macam benda2 ni semua takder kesannya. Hmm... nasib lah anak2 bujang dah kahwin and akan kawin soon. Tinggal yang kecik2 ni harap2 lama lagi baru ummi boleh bebel pasal ni. Tapi yang dah kawin tu, jaga hati isteri. Jaga juga diri sendiri. Jangan cari penyakit terjebak dengan pujuk rayu orang pulak.

Kita dah lalui pengalaman ni. Kalau boleh nak bercerita realiti kehidupan, rasionalnya macamana, jangan lah tersilap langkah. Tapi susah nak bagi orang yang tak pernah lalui faham. Kita cuma boleh bagi guidance jer. Dayung ada di tangan, pandai2 lah kemudi haluan. Cari jalan yang benar dan lurus berpandukan nasihat dan pegangan agama. Semoga semuanya baik2 ajer untuk keluarga kami.

1 comment:

MamaNana said...

Hye Sue..sori..I just nk Tanya tukang urut di Klang..boleh I dapatkan contact number or details maybe.. kindly reply me if u have it..tq so much for your sharing experience about tukang urut..really helpful.