Sunday, August 25, 2013

Better Health

Keadaan kesihatan dah bertambah baik. Tiada lagi muntah sesuka hati tapi tetap kena jaga makan. Kalau makan bergegas2, boleh terkeluar balik. Kalau perut masuk angin, mual juga. Kejap2 lapar so kena makan kerap dan sikit2. Makan banyak nanti rasa senak dan nak terkeluar plak. Lepas makan kadang2 masih ada rasa pening. Selera masih kurang. Kalau tanya nak makan apa, biasanya takder idea. Dapur masih tak berasap sangat. Tapi bila tiba2 nak makan sesuatu, tiba2 jer dapat kekuatan memasak. Apa2 pun keadaan sekarang ni sangat2 baik berbanding sebelum ni.

Semalam tetiba rasa nak pucuk ubi masak lemak cili api dengan sardin. Tak sampai setengah jam dah siap. Tahu masak cepat sebab nasi 1 pot yang ditanak belum masak lagi walaupun naikkan dia dulu before hidup api periuk. Pokok ubi baru nak hidup kat tepi rumah. Dapat lah 4 pucuk. Jadi lah buat rasa. Cili padi blender jer. Santan memang dah dibekukan dalam freezer dalam container kecik2. Memang dah lama simpan santan tu tapi since dia beku so masih tahan lah kut. Kunyit hidup dah kering dalam fridge so pakai kunyit serbuk jer.

Dah siap tu, makan lah dengan berselera sekali. Alhamdulillah bila kadang2 ada terasa keinginan nak makan sesuatu. Tak ler pening fikir nak makan apa. Setakat ni dapat ilham nak memasak lauk2 yang tak bertumis. Haritu teringin ikan masak asam rebus.  Ikan pun dah berzaman dalam freezer. Sedapnyer bila dapat. Yang sebenarnya dah boring makan lauk beli pun yer. Cuma masakan bertumis masih belum ada feel nak buat lagi. Mungkin kita boleh makan cam gaya lauk2 pantang jer gitu. Bakar2 dan rebus2 :) Bagus pun bagus kan lauk2 gitu untuk kesihatan.

Last night susah sangat nak tidur. Sebelum ni pun few times hubby yang lena dulu and I yang terkebil2 sampai midnight. Mungkin sebab my afternoon nap. Sekarang nak cuba tak nak nap tengahari or have shorter nap and tengok malam2 camaner. Tengah ngantuk giler ni. Sehari dua ni ada masalah lain lagi iaitu pembuangan tak berapa menggalakkan dan tak terasa  baby. Kalau tak, selalu rasa perut keras and kadang2 rasa macam ada bahagian badan baby yang terasa kat kulit perut macam tengah lean on me gitu. Touched from inside. Not kicks, just touch. Tapi dari semalam tak rasa :( Hopefully can feel baby again soon. Tummy, please behave. Tak makan sayur pun tapi dah makan buah for fibre and minum air.
:
:
:
:
:
Tidur juga sekejap tadi. Susah nak cuba tak tidur bila semalam dah tidur lambat. Bila tak boleh tidur, baik buat sesuatu yang berguna. So semalam research pasal perkara2 yang perlu disediakan untuk ummi and baby. Masih terlalu awal untuk membeli barang tapi senarai tu penting untuk kegunaan akan datang. Perlu beli tak terlalu cepat atau lambat. Keadaan badan ni tak pasti sihat sampai bila. Alhamdulillah senarai barang dah siap. Bagus betul banyak blog yang buat entri2 yang membantu. Dari senarai ke hospital, ke berpantang, ke barang2 lain di rumah dan macam2 senarai lagi ada kalau rajin mencari.

I won't put up my list yet though. Perancangan nya beli yang penting dan perlu dulu. Rasanya tak terdaya nak hunt barang2 ke motherhood expo lepas satu2 like some mom. Kalau pampers betul2 murah tu, berbaloi lah pergi beli. Tu pun hubby ada suh usha cotton diapers lepas dengar kat radio dalam kereta. Baju2, nanti dah ada baby pun boleh shopping. Tak perlu nak cari sampai size setahun sekarang kan. Untuk ummi, barang2 berpantang mostly boleh beli online. I have to start looking for more comfortable clothes and underwear too and that can be done offline. Work clothes... hmmm... can I? My associate has asked whether I can train now. Frankly, I'm not sure whether I can survive on my feet for the whole day. I might be able to co-conduct for a start and then we'll see how I manage.

No comments: