Raya tak best sebab tak puasa, tak pergi solat raya, tak jalan raya and tak dapat ambil gambar raya with hubby and sis and the boys macam tahun2 sebelum ni. The only thing I managed to do is makan ketupat and rendang tanpa terkeluar balik on day 1 Syawal.
Dizzy after makan macam biasa. Duk perhatikan anak2 buah yang tak pergi ke masjid bermain dalam keadaan dazed. Ambil gambar beramai2 lambat sikit sebab awal2 pagi tetamu dah muncul.
Ramai betul tetamu yang datang ke rumah MIL. Mula2 ramai ipar2 dan biras2 melayan tapi bila keadaan reda sikit diorang pula berjalan and I don't have the energy to go. Bila tetamu lain berbondong2 tiba, setakat tolong potong ketupat di dapur. Bila dah tak larat, masuk bilik jer.
Maghrib masa the boys sampai masing2 dah tak berbaju Melayu. Masing2 dah nampak penat berjalan. Memang tengahari dan petang panas betul. So tak bergambar lah. Adib dan Azim nak tidur rumah nenek. Bila semua dah tidur, Adib mula cari emaknyer. Kena lah datang jemput malam2 tu.
Esok pun tak ke mana dengan tetamu berpusu2 datang. Dah lepas Maghrib baru masing2 dapat berjalan raya which of course I didn't follow. Harini muntah semula. Bukan setakat muntah tapi selsema teruk. Dah 2 hari sakit tekak, diikuti selsema. Lagi sekali Adib minta hantar balik bila yang lain dah tidur. Hubby yang hantarkan. I couldn't really sleep with the sneezes and blocked nose and dripping till I stuffed both nostrils with tissue paper. Felt really miserable.
Hari ketiga tutup rumah from noon ada open house di rumah 'adik-beradik' untuk lunch time, tea time and dinner. Pergi juga sebab dah tak larat memerap di rumah. Malam minta anak buah singgah klinik sebab selsema teruk sangat. Ingat nak beli ubat jer tapi kena jumpa doktor. Lama juga diorang kena tunggu. Malam tu dapat tidur lena Alhamdulillah.
Esoknya kena batuk2 pulak. Sigh! Sangat2 tak sesuai dengan asthma. Siang nyer ada family meeting untuk kenduri kahwin anak2 buah bulan 9 nanti. Masih ada tetamu tapi tak seramai hari pertama dan kedua. Final day (extended day actually), ramai yang ke Wonderland main air. Again I didn't follow dengan batuk2 and breathing difficulties. Dah lewat petang baru bergerak ke KL tapi singgah di rumah SIL di Cheras and Taman Permata dulu. Reached home at 11 p.m.
Next day hubby dah takder mood nak berjalan tapi gagahkan jua ke rumah abah. Mula2 gagah cari mee rebus sebab hubby ternampak gambar di fb. Kedai masih banyak tutup. Kedai mamak jer yang bukak. So itu lah cerita raya yang tak berapa best tahun ni. Nak buat camaner dah keadaan kesihatan sendiri tak mengizinkan. InsyaAllah kalau umur panjang tahun depan pasti berbeza dari tahun ni.
No comments:
Post a Comment