Dah masuk 10 terakhir Ramadhan. Dah nak raya. I'm still in much the same condition. Muntah ikut suka hati. Semalam berjaya beratur sejam untuk tukar duit. Though I actually sat while waiting and the guy behind me didn't mind. Everyone seems in jovial friendly mood. A guy wants to change from small notes to bigger notes. Another guy who's tired of waiting decided to change with each other. I think he change up to RM500 of RM5 and RM1 notes. The guard came to us to see what's happening. It was funny actually. Two guys sitting on the floor counting money. I decided to wait for my turn since I need $10 and $20 notes as well.
Exactly 1 hour wait and I managed to change to new $20 and $10 plus old $5 and $1. Duit lama ker baru ker sama gak nilainya kan. Hajat hati nak ke Jusco tapi perut dah rasa semacam. Cepat2 lah balik. Maybe next time ada masa yang perut ni ok sket boleh lah ke Jusco. I don't have baju raya yet. Dapat sepasang pun cukuplah. Darling hubby dah bagi duit untuk beli baju raya.
Kemas rumah untuk raya lagi lah jangan cerita. Darling hubby yang tolong sapu satu rumah. Nampak sangat perubahan ketara. TQ abang. Kalau bertenaga macam2 nak kemas. Lap kipas, mop rumah, cuci langsir sebab tak berkesempatan nak cari langsir baru, cari hiasan soft furnishings biar rumah nampak berseri sikit nak raya ni. Tapi tinggal harapan jer lah for now. Yang ada cuma mode layan diri jer. Packing kan beg hubby pergi outstation semalam pun boleh tertinggal toiletries bag dia. Sigh! Nasib baik 1 night jer. Muscle badan sakit2. Bila difikirkan balik sebabnya kerana yang pasti memang tak buat kerja berat, sakit sebab memuntahkan isi perut agaknya. Di bahu, belakang badan... otot2 yang mungkin digunakan untuk mengeluarkan isi perut. Bukan senang nak keluar dari usus perut tapi dia nak keluar juga. Last night habis keluar semua nasi kerabu.
Terima jer lah bahagian kita bila mengandung ni. Susah senang mengandung, susah senang bersalin, susah senang jaga masa kecik, susah senang jaga anak dah besar... masing2 ada bahagian masing2. Ada yang mula2 susah kemudian senang. Ada yang macam2 kombinasi lain. Semoga terampun dosa bila sakit. Yang penting baby sihat jer kat dalam ni.
Baru lepas scan dekat klinik yang dekat rumah. Tak excited sangat sebab mesin scan dia kecik jer dan tak berapa jelas. Dekat specialist boleh tengok gambar yang jelas. Macam dulu nampak baby lambai ayah ummi. Tangan dan kaki tengah bergerak2 macam tengah berdiri plak dalam perut. Hubby ajak gi specialist after raya. Tapi scan cokia pun nampak gak baby tengah baring, then nampak macam hisap jari, then pusing belakang tunjuk badan kat ummi. Nampak bayang2 jer lah. Alhamdulillah sihat dan ikut perkembangan 12 minggu yang sepatutnya.
Sangat2 berharap muntah stop. Nak makan ketupat rendang tanpa terkeluar balik. Kadang2 sampai tiada idea nak makan apa. Haritu ajak hubby berbuka diluar. Hubby jer yang makan nasi. I just drank apple juice, eat ice cream and kurma. Itu pun keluar balik. Agaknya raya kali ni melepek di bilik jer agaknya. Tak larat nak berjalan tak per, janji larat makan. Hehehe...
No comments:
Post a Comment