Sunday, March 16, 2014

Doa Nabi Musa a.s.

Kisah yang indah dari buku Dr MAZA "Penawar Duka Pengubat Sengsara" tentang Nabi Musa a.s. yang melarikan diri dari Firaun ke Madyan di mana baginda terlihat 2 orang perempuan menunggu giliran untuk mengambil air bagi memberi minum binatang ternak mereka. Mesir dan Madyan sangat jauh. Dalam keadaan letih dan lelah, Nabi Musa a.s. tetap menolong membantu mengambilkan air. Diceritakan dalam Al Qur'an seperti ayat di bawah.

Surah Al-Qasas, Verse 24:
فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰ إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

[28:24]Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan."

Maksudnya baginda amat memerlukan apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu. Ketakutan dikejar tentera Firaun, keletihan, kelaparan, tiada satu apa pun bekalan pada dirinya.

Kemudian baginda dijemput ke rumah 2 orang perempuan itu oleh ayah mereka. Diberikan perlindungan, makanan, pekerjaan dan dikahwinkan dengan salah seorang anaknya.

Doa yang amat menyentuh hati ketika kita menghadapi suasana tenat yang amat memerlukan rahmat atau ‘kesian’ Tuhan kepada kita. Memberi ketenangan sebelum pertolongan Allah turun dan harapan yang menjadi jambatan yang menghubungkan ujian hidup dengan Tuhan yang memiliki segala kehidupan.

Doa yang boleh diamalkan:-

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِير
Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir.
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan."

Ujian Allah boleh membuatkan seseorang itu terduduk, kehabisan usaha untuk mengatasi kesusahan, hingga tersedar tiada sedikit daya upaya pun melainkan berserah sepenuhnya kepada Allah.

Chapter penuh di:
http://drmaza.com/home/?p=967

No comments: