Saturday, March 15, 2014

Ujian Itu Nikmat


Sekian banyak janji Allah di dalam Al Qur'an tentang nikmat di syurga. Adakah kita menjadi sangat dekat dan menginginkan syurga tersebut beserta kenikmatan2 di dalam nya? Umpama tak tergapai dek akal dan jauh sekali dari fikiran kita keindahan syurga itu.

Bila kita diberikan kesenangan harta, adakah kita terbayang kemewahan yang lebih lagi di syurga? Bila kita lihat keindahan alam, terbayangkah keindahan syurga yang jauh lebih indah? Kita diberikan keindahan wajah dan tubuh badan, yang akan dimamah usia dan hilang keindahan tersebut bila tiba waktunya, terbayang kah kecantikan yang kekal abadi di hari akhirat? Kita diberikan pelbagai nikmat di dunia ini, terbayang kah kenikmatan2 yang berkali ganda hebat nya di syurga? Di janjikan bidadari, mahligai yang indah, pohon2 yang hijau subur dengan buah yang enak, air sungai yang mengalir dengan air yang sedap rasanya dan bermacam lagi nikmat.

Kerana tidak nampak di depan mata, maka mungkin kita kata kita mahu... tapi tidak cukup kesungguhannya. Jika bersungguh hendakkan syurga, masakan kita tidak berusaha untuk dapatkan nya. Kalau ada peraduan yang memboleh kan kita dapat telefon, kereta atau rumah percuma, bersungguh2 kita mengumpul setem atau berbelanja atau memenuhi apa saja syaratnya dengan harapan kita bertuah mendapatkan hadiah tersebut. Ada kemungkinan juga kita tak dapat atau tak sempat nak mencukupkan syarat untuk dapatkan hadiah. Kenapa kita tidak bersungguh seperti itu untuk dapatkan kenikmatan2 di syurga yang bukan Allah pilih melalui cabutan bertuah. Semua yang berusaha untuk dapatkan ganjaran tersebut sudah pasti akan dapat ganjaran. Tiada batasan terhadap kuasa Allah.

Sekian banyak juga janji Allah tentang siksa kubur dan neraka. Tempat yang sangat menakutkan. Baru terkejut dengan seekor cicak atau nampak lipan atau kala jengking atau ular... hati kecut, seram dan takut. Terbayang tak binatang2 yang menakutkan di dalam kubur? Terkena air panas sedikit atau api sedikit pun sakit tak terperi. Terbayang tak kesakitan di neraka yang berganda2 sakit nya dan bukan sekejap tempoh masanya. Nauzubillah. Kita selalu berdoa jauhkan lah dari siksaan api neraka tapi adakah kita betul2 beramal untuk menjauhkan diri darinya?

Diri ini lah umpama orang yang digambarkan di atas. Walaupun tidak hairankan peraduan yang boleh beri barangan percuma, tapi umpama begitulah usaha untuk mendapatkan akhirat. Tidak bersungguh. Amal ibadat mungkin sekadar buat tanpa mendalami ruh ibadat tersebut. Bila solat, tidak betul2 terbayang kita sedang menyembah Allah yang maha esa. Fikiran boleh melayang2 dengan masalah2 duniawi. Tidak boleh lupakan sekejap dan betul2 fokus dengan solat.

Bila baby Adly meninggal, ingatan untuk bertemu dengan anakanda di akhirat lah yang beri kekuatan. Terbayang berjumpa semula dengan buah hati ini. Di sana dia tidak sakit. Di sana ummi boleh tatap wajahnya,  peluk, dukung, cium. Segala apa yang dirindukan sekarang, akan diubati rindu tersebut di sana. Itu lah ganjaran yang jelas dan nampak di depan mata. Maka harapan hati ialah mampu berusaha untuk mendapatkan syurga. Tak sabar rasanya nak berjumpa anakanda, ya Allah jauhkan lah aku dari siksa neraka. Kesian anakanda Adly tunggu ummi tak sampai2. Ya Allah jauhkan lah aku dari siksa kubur kerana kubur itu tempat yang gelap dan akan terasa lama sekiranya aku banyak dosa. Sedangkan orang yang banyak amalnya tidak terasa lama di dalam kubur, tidak terasa lama di alam barzakh dan segera dapat masuk syurga. Diri ini sedang cuba memperbaiki amalan ibadat. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Belum lagi dapat khusyuk yang sempurna tapi lebih sedar akan kekurangan berbanding sebelum ni. Dosa yang boleh dijauhkan, hindarkan lah. Kawan2 yang mendorong kita ke syurga kita dekati. Kawan2 yang tidak mendorong ke syurga, kita jauhi. Diri ini bukan lah lebih baik dari mereka. Cuma mungkin belum sampai masa mereka menyedari apa yang diri ini sedari. Mungkin kelak mereka lebih baik dari diri ini. Kerana setiap insan ada perjalanan hidup yang perlu mereka tempuhi dan lalui untuk menghargai kehidupan dan mendambakan hari selepas kematian.

Itu lah nikmat dari ujian Allah. Diri ini belum lagi jadi Muslimah sempurna, belum lagi jadi hambaNya yang terbaik, tapi sudah faham perbezaan dulu dan sekarang dan terasa nikmat untuk mendapatkan keredhaan dan pengampunan Nya. Manusia mudah lupa. Semoga dapat istiqamah dengan niat ini. Bila kita lebih mencari kebaikan, akan banyak juga ujian akan datang. Mungkin akan ada ketika dugaan lain yang lebih menyedarkan dan lebih ganjaran sebagai tanda kasih Allah pada hamba Nya, semoga tidak tergelincir dari terus menjadi hambaNya yang mencari kebahagiaan akhirat.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabut : 2)


No comments: