Tuesday, February 4, 2014

Antara Dugaan dan Kemampuan

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabut : 2)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah : 286)

Kehidupan ini ialah pentas ujian yang panjang untuk bekalan akhirat. Bila kita diuji, itu tanda nya Allah sayang dan ingatkan kita. Mahu ker dibiarkan saja umpama pekerja yang tak diendah boss, yang dah kena cold storage dengan harapan pekerja tersebut cepat2 berhenti kerja?

Hubby and I were given this test, pastinya kerana Allah tahu we're able to face it. Pedih dan perit dalam hati, hanya Dia juga yang tahu. Tapi... we're coping. We have each other for support. Our love is stronger. We have support from our family and friends Alhamdulillah. Dulu masa kami hadapi kehilangan baby Aina, we stayed at home. Weekend baru balik kampung. This time, kebumi di kampung and stayed there for few days. Emotionally, we're able to cope better compared to before and I'm glad.

I was told one of my friend ada masalah. Pastinya dia tak pernah tunjukkan dan dia juga antara yang ambil berat dan selalu bertanya khabar. Finally we managed to sit down and talk. Walaupun dia kata I have problems of my own and masih bersedih, I insisted she tell me sebab bukan senang nak dapatkan privacy and masa yang sesuai. Lepas dengar masalah dia, dan juga baca masalah2 orang lain either in FB or in the news, terasa masalah sendiri kecil sangat. Terasa bertuah ada sokongan keluarga dan kawan2. Tak dapat bayangkan if I have to face things alone.

Walaupun diberi dugaan, kena cari hikmah disebaliknya...
- tak dapat lihat baby membesar, baby dah menunggu di Jannah insyaAllah.
- tak dapat menyambut anniversary ke6 (coming soon) ber3 but we still have each other insyaAllah.
- I lost a ring, cincin tanda. Semua barang kemas kena buka masa mula masuk wad. Dah letak setempat. Camana sebentuk cincin jer boleh hilang? Tak boleh recall langsung sebab masa buka barang2 tu more than 3 months ago. Recently baru cari nak pakai semula. Walaupun sedih kehilangan cincin yang banyak kenangan, tapi tak sebesar sedih kehilangan baby. Darling hubby kata anggap jer umpama ia pergi dengan baby.
- masih belum ada kekuatan dan semangat untuk tinggal sorang2, berfikir untuk bekerja semula, bercuti, jalan2... insyaAllah masih dalam healing process. Ada dalam sebulan lagi untuk berehat. - walau sedih dengan pemergian baby, tidak dilupakan yang masih disisi... hargai mereka dan sayangi selagi masih ada - darling hubby, parents and in laws, buah2 hati mak sue, family and friends.

Laa haulawala quwwata illa billah...
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Selalu baca zikir ni...
- masa nak buat cerclage dan diberitahu jalan dah buka 4cm and highly risky
- masa di wad bila rasa perlu kekuatan nak teruskan hari2 di wad
- masa contraction
- masa kesian kan baby kena cucuk untuk ambil darah
- masa hadapi kehilangan dan perlukan kekuatan

Semoga terus dapat kekuatan dariNya.

No comments: