Harini genap 30 hari tak dapat peluk cium anak ummi.
Al-fatihah buat anak ummi sayang. Hanya yang pernah rasa kehilangan baru tau susah senang mencari kekuatan untuk redha sesungguh2nya. Baru juga kita tau sekuat mana "attachment" kepada dunia berbanding kasih sayang kita kepada Allah. Anugerah yang Dia beri, bila2 masa boleh diambilNya. Adakah kita terlalu sayang pada anugerah tersebut atau sayang kepada Penciptanya. Itulah antara isi kandungan yang memberi kesedaran dalam buku Reclaim Your Heart. Semoga diri menjadi orang yang lebih taqwa kepada Pencipta dan meletakkan anugerah dariNya ditempat yang betul.
Harini genap 44 hari berpantang. Berpantang yang tak seberapa kali ni. Kali ni banyak berulang ke MIL's place on weekend so ada aktiviti berpantang yang tak dapat buat. Dulu berpantang beria jugak. Tapi lepas pantang ada pulak masalah sampai bleeding lagi. Dapat urut yang sesuai dengan sengkak baru lah OK. Kali ni awal2 dah tak dapat berpantang. Minum air pun air sejuk room temperature. Jarang dapat air suam, tak dapat berbengkung sampai hari ke10. Makan pun banyak lebih kurang jer. Awal2 bersalin dah kena makan lauk hospital yang tak berapa pantang-friendly tu. Makan yang mana boleh untuk tenaga. Sekarang bila berkesempatan jaga lah makan. Kalau tidak, setakat yang mana boleh nak alas perut. Contohnya makan nasi lemak tapi tak makan timun dengan telur. Nasi goreng kedai yang kebanyakannya ada telur, makan jer. Yang mana telur yang nampak tu ketepikan. Hubby tolong habiskan kalau dia larat :)
Allah bagi kekuatan sebenarnya nak menjaga permata hati my darling baby. Ada masa rasa sangat tak berdaya, dapat tidur dalam sejam dah rasa ada tenaga sikit. Ada masa rasa sakit sangat badan, dapat hot shower rasa segar sikit. Boleh lah bersusah payah pun dapat juga jaga baby. Kali ni dapat berurut lepas 2 minggu tapi tidak lah bertungku. Minum air kunyit pun lepas sebulan. Berbengkung mula lepas 10 hari. Lebih pakai bengkung strap sekarang sebab bengkung tali bunching up at the waist. Bila dah berlipat2, I wonder mendatangkan manfaat atau mudharat. Sepatutnya kena buat urut hujung pantang tapi macam takder mood nak gi cari tukang urut.
Ubat2an, supplements makan bila sempat masa mula2 dulu. Vitamin jer makan masa nak breastfeed baby dulu. Now dah tambah makan jamu. Herbal tea NR tu walaupun suka tapi tak dapat amalkan sangat dek 'rajin' minum air suam dalam cuaca panas2 ni. Tablet phytonatal tu senang sket telan jer. Haritu masa urut, tukang urut ada jual pil manjakani. Beli gak tapi makan 4 biji asyik ke bilik air jer. Pening lak ada macam2 nak makan. So end up makan phytonatal jer sebiji, tablet haruan 2 biji and vitamin2. Bila lah nak habiskan manjakani tu pulak. Lulur NR best jugak tapi few days jer pakai aritu. Setakat bagi hilang kesan kulit kering. Ada half lagi kemudian2 pun masih boleh pakai. Minyak NR tu tak pakai sangat sebab tukang urut pakai minyak diorang. Kalau hubby sapukan minyak di rumah prefer minyak panas.
Masa pregnant aritu, berat naik tak seberapa. Tak sampai 10kg. Sekarang berat turun pun tak seberapa. Lagi2 dengan berpantang yang tak seberapa juga. Dan harini dah paksa diri beri salam dalam group WA kawan2. Kata2 perangsang boleh buat kita mengalirkan airmata kerana hanya kita yang tahu bercakap lebih senang dari menghadapi. Niat mereka baik dan apa yang diperkatakan semua betul. Apa2 pun, semoga hati sendiri yang jadi lebih kuat.

No comments:
Post a Comment