Tuesday, February 4, 2014

Kehilangan Yang Tiada Gantinya

Kisah awal tahun 2014 ni, hampir sama dengan kisah awal tahun 2012. Hampir sama... tapi tak serupa.

Muhammad Adly... my baby, my son... selamat dilahirkan pukul 3:02 minit pagi 8 Jan 2014. I was pregnant at 35 weeks 4 days. Hubby stood beside me during delivery. We both smiled when the nurse raised baby to us and asked whether we get baby boy or girl. I couldn't see baby's sex during ultrasound scan. We didn't know what to expect. He's perfect. I hold him for a while before he's taken away to be cleaned.

Sayanggg anak ummi.

Anak ummi pandai menyusu. Bila anak ummi menangis masa mandi, nurse kata tak apa. Boleh kuat kan paru2. Tapi kalau menangis sebab lapar cepat2 ummi susu kan. Biar ummi tak lena tidur sebab baby nak menyusu dari tidur nyenyak sebab baby tak nak menyusu. Satu malam baby nangis sebab perut kembung, tak sanggup ummi tengok. Nasib baik minyak dan urutan dapat membantu. Kalau anak ummi sejuk bawah lampu, sanggup ummi berjaga dan pegang sekurang2nya terasa panas badan ummi.

Kesian anak ummi tangan nya penuh dengan bekas jarum sebab jaundice yang umpama takkan berakhir. Kalau lah ummi boleh gantikan. La haula wala quwwata illa billahil aliyyil aziimm... sabar sayang. Anak ummi kuat. Nak cepat baik dan balik rumah kan.

13hb seronoknya boleh discharge. Kuning masih ada tapi perlu follow up di KK 15hb. 14hb kita sambut maulidur rasul di rumah. Happy nya ummi dan ayah. 15hb KK refer ker hospital kerana kuning makin tinggi. Ya Allah sayang. Risaunya ummi. Di NICU malam tu ummi pun dah di ambil darah just in case kena buat blood transfusion. Alhamdulillah bacaan menurun. Dari 3 lampu dah jadi 2 lampu semula.

Siang tu Dr pakar datang. Selain kuning tiba2 dia detect bunyi jantung yang berlainan. Heart murmur. Terus petang tu pergi scan. Jantung berlubang.Ya Allah tak tahu camana perasaan ummi. Memang ada multiple ASD and a VSD. Bila bercakap2 dengan ibu2 lain, sedikit2 ummi ada harapan. Ramai yang membesar dengan sihat. Takper kalau kita perlu follow up selalu. Ummi tak kisah.

Kena tunggu sampai isnin untuk pakar jantung kanak2 datang. Sementara tu baby kena antibiotic and makan ubat. Kena cucuk lagi anak ummi.  Pakar jantung anggap macam perkara ringan. Lagi 6 minggu follow up. Gitu jer. Ayah pun ada masa Dr datang beri penerangan petang tu. Tapi esok pagi nya Paed ambil berat kes ni. Baby kena monitor spO2 and guna oksigen. Anak ummi cabut jer tube oksigen tu bila dia jaga.

The next day 21hb. Lagi sekali Paed insists guna oksigen. Katanya baby's lung ada pressure all the time. The oxygen will help. Since baby is not feeding enough, kena guna tube. Memang baby cepat penat bila direct feeding. Kadang2 susah betul nak kejutkan untuk menyusu. Keluar airmata ummi tengok baby kena masuk tube. Baby nangis sekejap jer. Lepas tu tidur semula. Ummi tak angkat sebab takut anak ummi tak selesa dengan tube macam2. Petang tu kena lampu semula. Bacaan kuning naik sikit.

Masa ayah sampai, baby nangis. Ayah suruh ummi dukung. Kesian baby tak selesa. Ummi pujuk tapi baby tetap nangis. Kemudian baby senyap sekejap. Waktu melawat untuk ayah memang dah tamat. Ayah cium baby and pergi solat. Ummi nak tidurkan baby dulu. Tiba2 perasan bacaan spO2 tak stabil. Angkat tangan baby lembik jer. Cepat2 panggil doctor. Kelam-kabut NICU dengan doktor2 dan nurse2. Ayah masuk semula lepas solat, bagitau guard baby kritikal. Bila baby stabil Dr datang dekat ummi dengan ayah. Ummi tanya did baby's heart stopped? Dr kata No, oxygen rendah. Hmm... mesti sebab baby nangis kuat sangat. Dr nak pindahkan baby ke acute room.

Sampai di bilik separuh berkaca tu, lagi sekali keadaan tegang. Nurses and doctors nampak cemas, ada yang datang dengan troli berisi ubat, jarum dan macam2. Ummi dan ayah memerhati dari luar. Kami nampak di monitor bacaan spO2, heartbeat and BP tak stabil. Ramai yang kerumun anak ummi. Jarum dah siap sedia. Doctor ada datang dan terangkan kali ni jantung baby berhenti setengah jam. Dr buat CPR dan bagi injections tapi jantung baby sangat lemah. Ummi kata please do what you can. After a while nampak keadaan tenang semula. Nurse pun dah mula tolak troli2 yang dibawa masuk tadi keluar. Ayah kata ayah nampak baby buka mata and lihat keliling sekali imbas. Ummi dengan ayah kat luar sayang. Kemudian jantung baby terhenti semula. Ummi nampak Dr buat CPR lagi sekali. Ya Allah kesian anak ummi struggle nak survive. Dalam hati macam2 doa. Airmata ayah dan ummi jangan dikira lagi. Kemudian Dr kata boleh masuk. Baby dah takder. Lebih kurang pukul 10 malam 21hb.

Ummi berpaut pada ayah. Kesian macam2 tiub pada baby. Dr dan nurse cuba tenangkan ummi dan ayah. Ummi cuma nak dukung and peluk baby. Sorang nurse tolong cabutkan semua wayar dan tube pada baby. Cuci kan baby sambil tenangkan ummi. Kalau lah ummi dapat cucikan berak baby pun ummi bahagia. Ummi peluk dan cium baby. Kalau ikutkan hati ummi memang tak puas nak dukung dan cium baby tapi baby perlu diuruskan agar kami dapat bawa balik. Malam tu perjalanan balik berbeza dari sebelum ni. Malam tu kali terakhir ummi tidur sebelah baby.

Apa yang sama dengan 2012?
- sekali lagi meneruskan berpantang tanpa baby.

Apa yang tak serupa?
- dapat jaga baby selama 14 hari: 6 hari di wad, sehari di rumah dan 7 hari di NICU.
- selama 2 minggu lepas bersalin tak macam orang dalam pantang - kena kuat nak jaga baby siang malam, makan jer apa yang dihidang di hospital, berjalan laju bila nak cepat2 tengok baby dari bilik ibu ke cot baby di NICU tu.
- sanggup go through again what I've been through even if I can only have 14 days together.

Anak ummi is in a better place. Bila melayan anak2 dan anak2 buah, sentiasa ingatkan anak ummi. Tak dapat belikan aiskrim, tak dapat layan kerenah macam2. Just have to remind myself you're in better place sayang. Tak sabar ummi nak jumpa. Walaupun amalan tak cukup, terasa macam nak cepat kiamat dan hari perhitungan. Cepat ummi terima balasan dan dapat jumpa anak ummi. Ummi tau kalau amalan tak cukup semuanya terasa lama. So ummi kena berusaha perbaiki amalan kan. InsyaAllah masanya akan tiba.

Salam sayang dari ummi.

No comments: