Nabi Muhammad s.a.w pun bersedih bila kehilangan puteranya. Sudahlah begitu, dikata2 pula oleh sesetengah orang kerana baginda sudah tiada anak lelaki untuk menjadi warisnya. Maka Allah turunkan surah Al-Kauthar pengubat hati baginda.
Inilah pula pengubat hati penawar rindu diri ini.
Bertuahnya dijadikan Islam yang mempercayai hari kiamat, tempat kehidupan hakiki. Di sana boleh bertemu sayang ummi. Di sana sayang ummi tidak sakit. Tapi rindu ummi di sini hanya Allah yang tahu.
Terdetik juga dalam benak fikiran... tak mampu dituliskan apa yang terbuku dalam hati. Tapi percayalah Allah yang menguruskan segalanya. Semua berada dalam ketetapanNya. "Cukup lah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia lah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadaNya segala urusan kami)"



No comments:
Post a Comment